Sponsor

Friday, January 31, 2014

Dari Tanah Arab Ke Benua China......

31 Januari 2014, Besok tahun baru Cina, Kesempatan ini 'Gue ucap juga Selamat tahun baru Cina kepada seluruh warga Cina samaada di Malaysia atau seluruh Dunia. Bagi Orang Cina, tentu seronok sambut tahun baru ini. Tahun ini pula, khabarnya Tahun Kuda, 'Gue pun tak faham sangat dengan nama tahun2 yang ada dalam kalendar Cina ni. Jadi 'Gue baca saja lah...Sempena dengan Tahun Baru Cina ini, 'Gue cari sikit maklumat untuk 'Gue tulis dalam Blog 'Gue ini, 'Gue sungguh tertarik dengan budaya Masyarakat Cina yang beragama Islam di Negara China. 

HUBUNGAN ARAB DAN CHINA
Hubungan antara Arab dengan China sebenarnya sudah wujud ribuan tahun dahulu. Bahkan ada di sebut dalam Hadis Nabi ‘Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China’. Walaupun hadis ini dianggap dhaif oleh sebahagian Ulama' namun ada seorang ulama ahli hadis asal India, Muhammad Taahir al-Fattani (986 M) dalam bukunyaTadhira al-Mawdu  menyebut hadis ini sebagai hadis Hasan (baik)...Tak apa, 'Gue tak mahu cerita pasal itu....

Dan bukti bahwa hubungan baik antara ke dua Negara itu adalah dikirimnya 3 orang sahabat Nabi Muhammad SAW, diantaranya Sa’ad bin Abi Waqqash pada tahun 616-618 M (sebelum Rasulullah SAW hijrah di tahun 622 M). Kemudian, kedatangan berikutnya terjadi ketika masa Khalifah Utsman bin Affan, dan bahkan dengan kedatangan ini, Empayar Dinasti Tang, yaitu Empayar Gaozong telah mendirikan sebuah Masjid Memorial di Canton untuk menyatakan tentang kebesaran Nabi Muhammad SAW.
13910663282100495816

Hubungan baik ini terus berlanjutan, walau Dinasti di China silih berganti. Diantaranya adalah Dinasti Song, yang memang diberikan tempat untuk pedagang2 Arab berniaga di daerah pelabuhan (Guangzhou dan Yanchau), Ini adalah sebahagian dari strategi perdagangan di China. Kebanyakan pedagang2 ini pada awalnya agak sedikit bergaul dengan masyarakat. Dan tidak ada upaya tertentu untuk menyebarkan agama. Pedagang hanya menjalin hubungan yang harmoni dengan berbagai pihak di Chinan atas urusan perdagangan sahaja.... 
1391066453559485756

Sehinggalah pada satu masa, apabila Maharaja dari Dinasti Song meminta bantuan dari seorang Pangeran Amir Sayyid (so-fei-er) dan tentaranya untuk menghadapi persaingan kekuasaan dengan Kerajaan Liao. Pangeran Amir Sayyid inilah yang kemudiannya disebut sebagai permulaan keturunan nya bangsa Hui khususnya, dan komuniti Muslim China umumnya, kerana bermulanya pernikahan dan dari sinilah bermulanya keturunan antara bangsa Arab-China.
Komuniti Muslim di China mencapai masa terbaiknya ketika era Dinasti Ming. Kerana beberapa pegawai2 Istana dinasti Ming ini adalah muslim, bahkan kebanyakan yang berkhidmat dengan Maharaja adalah Muslim termasuk ahli pelayaran dan perutusan Maharaja yang terkenal seluruh pelusuk Dunia seperti Cheng Ho atau Zeng He, adalah seorang muslim.
1391067034304254421

Komuniti Muslim di China mengalami cubaan yang berat ketika Dinasti Ming berakhir, dan dimulainya Dinasti Qing dari Mancuria. Apalagi ketika komunis berkuasa, identiti keagamaan mereka harus ditutup rapat. Tetapi ketika China ‘mulai terbuka’ dan mengamalkan kebebasan beragama, aktiviti seperti pengajian, solat, puasa, naik haji ke Mekah mulai hidup kembali. Kecuali yang mempunyai kecondongan kearah keganasan, ini memang dibenteras habis-habisan. 
1391067318659660676

Sehingga sekarang, perkembangan Islam di China amat memberangsangkan. Walaupun Identiti asalnya dari Negara Arab, namun perubahan pada nama dan budaya, tetapi tidak menjejaskan Imej keislaman mereka. Mereka tahu apa yang sepatutnya mereka lakukan. Suatu masa nanti, kegemilangan mereka akan kembali seperti semasa Dinasti Ming dengan menguasai kembali Istana Maharaja dan menjawat jawatan yang tinggi2 sebagai pemerintah Negara China...hehehe..'jauhnya pandangan 'Gue..tapi siapa tahu..??..kan Allah tu maha bijaksana.....

'Gue tulis ringkas saja, jangan komen apa2...

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/