Sponsor

Saturday, January 4, 2014

Hadis....'Runtuhnya Kaabah di akhir Zaman'....


Banyak riwayat yang menguatkan akan runtuhnya Kaabah diakhir zaman. Diriwayatkan dari Abu hurairah ra, Rasulullah besabda.." Kaabah akan diruntuhkan oleh seorang yang berkaki bengkok berbangsa Habsyah "..
Ali bin Abi Thalib meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda.."perbanyakkanlah melakukan tawaf di Baitullah semampu kalian sebelum kalian dihalangi untuk melakukan nya seolah-olah aku melihatnya sedang melakukan hal tersebut,tanda-tandanya berkepala dan bertelinga kecil,dia menghancurkan Kaabah dengan beliungnya"..
Ibnu Abbas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda.."Tandanya orang tersebut berkulit hitam,kakinya bengkok,dia meruntuhkan dinding Kaabah satu per satu"..
Sa'id bin Sam'an ra mendengar dari Abu Hurairah ra bercerita kepada Abu Qatadah ra bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda.."seorang lelaki (imam Mahdi) akan dibai'at antara sudut 'Hajar aswad' dan maqam Ibrahim dan Kaabah tidak akan dirosakan kehormatannya melainkan oleh oang Arab sendiri,dan bila mereka merosakkan kehormatan Kaabah maka saat itulah kehancuran bangsa Arab,kemudian datang orang2 Habsyah meruntuhkan Kaabah yang selepas itu tidak pernah dibina kembali selama-lamanya dan merekalah yang menggalikan harta didalam nya"..
Hadis diatas tidak bertentangan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Aishah ra bahawa.. "Nabi SAW bersabda..sebuah pasukan hendak menyerang Kaabah,hingga ketika mereka berada ditengah2 padang pasir,semua pasukan ditenggelamkan Allah sawt kedalam bumi"..

Ibnu Hajar dalam bukunya 'Fath al-bari' dalam bab 'Runtuhnya Kaabah' berkata..Hadis2 diatas menjelaskan akan berlakunya serangan terhadap Kaabah.Penyerang pertama dimusnahkan oleh Allah sebelum mereka sampai ke Kaabah dan penyerangan ke dua akan dibiarkan oleh Allah swt ...

Dan jangan sampai timbul pertanyaan...
Sesungguhnya Allah swt telah menggagalkan serangan tentera bergajah terhadap Kaabah padahal saat itu Kaabah belum jadi kiblat umat Islam,maka mana mungkin Allah swt membiarkan bangsa Habsyah memusnahkan setelah Kaabah menjadinya kiblat umat Islam..?
Soalan ini tidak akan muncul andainya dijelaskan bahawa peristiwa runtuhnya Kaabah akan berlaku nanti diakhir zaman menjelang kiamat,diwaktu itu tiada seorang pun di permukaan bumi yang mengucapkan 'Allah,Allah"..sepeti yang disebutkan dalam hadis Muslim.."Kiamat tidak akan terjadi sehingga tidak ada lagi orang yang mengucapkan 'Allah, Allah '....

Sumber dipetik dari Harakahdaily 04 Januari 2014....

    

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/