Sponsor

Tuesday, January 28, 2014

Konsensus Nasional - Cadangan Anwar Akan Dibincang Dengan Jemaah Menteri - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan berbincang dengan kabinet berhubung cadangan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung konsensus Nasional seperti yang diumumkan semalam.
Najib berkata, cadangan seperti itu pernah dibuatnya selepas BN memenangi pilihanraya Umum tahun lalu dengan cadangan "rekonsiliasi nasional" tetapi pembangkang enggan menerimanya kerana enggan mengiktiraf keputusan pilihanraya tersebut.

"Sekarang ini timbul cadangan yang kita telah buat pada peringkat awal. Namun biarlah saya runding dengan jemaah Menteri nanti".
"Apapun yang penting kita mahu negara kita sentiasa aman dan kita dapat menentukan kesejahteraan rakyat. Inilah yang kita nak utamakan".
"Apapun ideologi atau kefahaman politik, yang penting untuk kita bertindak mengikut lunas undang-undang dan menghormati sensitiviti agama masin-masing berdasarkan undang-undang peringkat pusat dan negeri"  kataya.


Beliau berkata demikian bagi mengulas pelawaan Anwar yang juga ketua umum PKR yang mengajak BN berdialog demi mencapai konsensus nasional bagi mengatasi unsur menggugat perpaduan, kebencian antara agama, masaalah tadbir urus negara, ketelusan dan isu kebertanggungjawaban.
Anwar berkata sejak mutakhir ini beberapa keadaan dan kejadian yang mengakibatkan silaturahim antara rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama menjadi semakin renggang termasuk boleh menggugat perpaduan dan akhirnya boleh membawa kemusnahan.

Sumber Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/