Kerajaan PR Selangor berjanji mengamalkan dasar kebajikan saksama dalam usaha memelihara kepentingan rakyat majmuk yang berjumlah 5.6 juta di negeri itu. Menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim memaklumkan hal itu dalam perutusan nya sempena menyambut tahun baru 2014 berkata, 'dengan kuasa terhad negeri dalam soal penentuan harga barangan keperluan dan perkhidmatan serta kediaman, Kerajaan negeri akan memberi peluang samarata kepada seluruh rakyat Selangor tanpa mengambil kira asal keturunan atau kedudukan mereka..
"Saya memberi jaminan, sejak PR menerajui Selangor kita tidak mengamalkan fahaman populis,sosialis dan sebagainya. sebaliknya program2 kebajikan dalam dasar merakyatkan ekonomi Selangor adalah berterusan dan diterima baik majoriti rakyat negeri ini". Dalam perkembangan sama katanya.."Dalam belanjawan negeri selangor,kerajaan negeri menguruskan belanjawan berimbang serta pengurusan kewangan berkelas dengan peruntukan sebanyak Rm 2.28 billion untuk kemaslahatan rakyat dan negeri Selangor". "Saya selaku Menteri Besar Selangor,berusaha bagi memastikan semua Wakil Rakyat serta penjawat awam dan pimpinan Masyarakat seluruh negeri menggalas tugas dan tanggungjawab mensejahterakan rakyat Selangor dengan penuh Ikhlas tanpa culas.
sinarharian 2 jan 2014..
Artikel ini bertujuan untuk berkongsi maklumat.....
0 comments:
Post a Comment