PAKISTAN: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang diberi
penghormatan berucap pada himpunan besar-besaran sempena Ijtimak Jamaat Islami
di kota Lahore di sini semalam.
Beliau hadir bersama
Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menjadi
menjadi tetamu kepada himpunan lebih setengah juta penyokong gerakan Islam
tertua di Pakistan itu.
Himpunan
itu berlangsung tiga hari sehingga hari ini. Ahli
serta penyokong Jamaah Islam datang dari seluruh pelosok Pakistan.
Selain
pimpinan PAS, tetamu luar negara lain yang turut hadir adalah dari Parti Nahdah
Tunisia, Ikhwan Muslimin Mesir, PKS Indonesia, parti Islam dari Sudan, Iraq dan
Jordan. Ijtimak
pada kali ini amat penting kepada gerakan Islam kerana ia akan membincangkan
isu-isu antarabangsa termasuk konflik di Timur Tengah seperti perang di Syria,
Libya, Iraq dan juga persoalan pencerobohan bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa
oleh Zionis Israel.
Tuan
Guru Abdul Hadi dalam ucapannya menyentuh persoalan antarabangsa yang sedang
mencabar ummah kini. Turut
bersama dalam ijtimak kali ini adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan,
Datuk Abdullah Ya'kub.
HD/23
Nov 2014
0 comments:
Post a Comment