Sponsor

Monday, November 10, 2014

Pemimpin Daulah Islam Yang Di Takuti Amerika, Al-Baghdadi Cedera Dalam Serangan Udara..?


Baghdad: Ketua militan Negara Islam (IS) Abu Bakr al-Baghdadi dipercayai cedera parah akibat serangan udara diketuai Amerika Syarikat (AS) yang membedil perkampungan al-Qaim, kelmarin.

Pusat Operasi AS dalam satu kenyataan semalam mengesahkan, serangan udara itu menyasarkan pemimpin IS berhampiran pangkalannya di Mosul, utara Iraq, namun tidak menyatakan sama ada Abu Bakr terbunuh.
“Serangan ini bukti kesungguhan kami memberi tekanan terhadap rangkaian pengganas IS seterusnya mengehadkan keupayaan mereka bergerak, berkomunikasi dan mengeluarkan arahan,” katanya kenyataan itu.

Ahli Parlimen Anbar, Mohammad al-Karbuli memberitahu rangkaian berita al-Arabiya, serangan itu menyasarkan perhimpunan pemimpin IS di al-Qaim yang mengakibatkan puluhan terbunuh selain ramai lagi cedera. Menurutnya, keadaan kelam-kabut tercetus selepas serangan itu apabila anggota IS bergegas menghantar mereka yang cedera ke hospital al-Qaim. Beberapa saksi turut mengesahkan serangan itu menyasarkan sebuah rumah yang menjadi tempat pertemuan pemimpin kanan IS.

Menurut mereka, pejuang IS turut menggunakan pembesar suara untuk menggesa penduduk menderma darah. Khabar angin juga mengatakan seorang pemimpin IS di Anbar dan timbalannya terbunuh dalam kejadian itu. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/