Sponsor

Thursday, November 20, 2014

Polis Siasat Cebisan Al Qur'an Ditemui Terbakar Berhampiran Pasar Besar Alor Setar..

Pihak polis akan menyiasat laporan berhubung beberapa cebisan helaian Al-Quran dipercayai dibakar di dalam tong di sebuah medan selera berhampiran Pasar Besar di Alor Setar.
Pemangku Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusof berkata pihaknya menerima aduan mengenai perkara itu pada pukul 10 pagi tadi sebelum menghantar anggota ke tempat kejadian yang terletak berhampiran sebuah tokong dan menemui beberapa cebisan kertas yang dipercayai al-Quran yang  dibakar.
"Kita syaki kemungkinan orang yang melakukan perkara ini mengalami masalah mental tetapi siasatan masih dijalankan. Diharapkan pihak di luar sana tidak membesar-besarkan isu ini kerana bimbang akan berlaku perselisihan faham antara kaum.
"Sekiranya ia dilakukan atas niat khianat, kita akan ambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan perpecahan harmoni dan perpaduan, rasa tidak puas hati dan prejudis berdasarkan agama yang boleh disabitkan dengan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun," katanya kepada pemberita.
Beliau berharap agar mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar tampil memberi keterangan. Pada mulanya seorang peniaga mendapat tahu mengenai perkara itu setelah dimaklumkan seorang individu lain sebelum beliau membuat laporan polis.

Bernama, 20 November 2014.
Tempat dimana cebisan Al Quran ditemui terbakar

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/