Jelas dan nyata, Presiden boneka Mesir, Abdul Fatah As Sisi
mengatakan bahawa negaranya bersiap sedia mengirimkan anggota tenteranya ke
Palestin dalam rangka jaminan untuk keselamatan Israel dan bekerjasama untuk memerangi
pengganas. Ketika diwawancara bersama akhbar Itali, ‘Corriere della Sera’,
Fatah as Sisi mengatakan, ‘kami siap mengirim pasukan tentera ke Palestin.
Membantu polis Israel dan meyakinkan Zionis bahawa peranan mereka sebagai
penjamin keamanan’..
Bekas Jenderal tentera Mesir ini menekankan bahawa ‘setiap
pengerahan pasukan tersebut untuk waktu yang diperlukan bagi mengembalikan
kepercayaan keduabelah pihak antara Mesir dan Israel. Tambah as Sisi, dia telah
berbicara tentang idea ini dengan panjang lebar bersama perdana Menteri Israel,
Benjamin Netanyahu dan Presien Palestin, Mahmoud Abbas.. ‘Saya beritahu kepada
Netanyahu langkah berani diperlukan, jika tidak, akan mengalami kekacauan yang
lebih hebat’..
As Sisi merupakan Jenderal Tentera ketika Mesir diperintah oleh
Presiden Morsi. (Presiden pertama yang dipilih melalui pilihanraya secara
demokratik). Kerana ketamakannya untuk berkuasa, As Sisi telah melakukan Kudeta
dan menyingkirkan Presiden Morsi. Selama berlaku rampasan kuasa, As Sisi telah
melakukan pembantaian terhadap ribuan penyokong Ikhwanul Muslimin dan memenjarakan
pemimpin ikwanul Muslimin.
Sejak dari itu, pemerintah Mesir melakukan diskriminasi terhadap
Jamaah Ikhwanul Muslimin. Mesir kemudiannya terlibat dalam perang di Gaza yang
dilakukan oleh Israel dengan menutup perbatasan Rafah sebagai satu bentuk tekanan
terhadap gerakan perlawanan Islam, Hamas. Mesir menganggap Hamas adalah sekutu kuat
Ikhwanul Muslimin. Inilah Al-Sisi, mewarisi sifat Firaun, mungkin juga layak
digelar Dajjal. Racun bagi kaum muslimin.
Wallahuaklam, dari pelbagai sumber..
0 comments:
Post a Comment