Memang cinta itu tidak
mengenal waktu. Dalam suasana yang sangat genting bagi tentera Iraq menghadapi
ancaman perang dari Daulah Islam (ISIS), tetapi anggota tentera yang tidak
disebutkan namanya ini sempat meninggalkan tugas wajib nya demi menunjukan kekaguman
pada kekasihnya.
Stesyen TV Al Arabiya
melaporkan melaporkan pada Ahad 9/11/2014, Juruterbang itu telah menerbangkan
helikopter menuju Universiti Am-Mamoun di Ibu Kota Baghdad, Iraq, dimana tempat
gadis pujaannya berada dan menunjukkan kekagumannya pada sang kekasih.
Namun apa yang dilakukan juruterbang ini mengundang kemarahan pihak
angkatan udara Iraq. Mereka mengatakan amat malu dengan kelakuan juruterbang ini. Menteri Pertahanan Iraq, Khaled al-Obeidi dalam kenyataannya meminta
maaf pada segenap jajaran kampus termasuk tenaga pengajar dan profesor. Dia
bahkan mengirimkan perwakilannya atas tindakan anggotanya yang tidak
bertanggung jawab itu.
Khaled al-Obeidi
mengatakan bakal menyiasat insiden tersebut dan akan menghukum sesiapa pun yang
bertanggungjawab. Kejadian ini juga telah tersebar luas di Internet. Berbagai
reaksi dilontarkan oleh pembaca. Kebanyakannya mengutuk kelemahan disiplin
anggota tentera Iraq hingga salah seorang anggotanya ponteng dari tugas melawan
ISIS demi menyatakan cinta pada kekasihnya.... Edit semula dari
sumber M.com
0 comments:
Post a Comment