Sabtu
lalu, kerajaan UAE secara rasmi mengeluarkan lebih daripada 82 organisasi
termasuk Ikhwan Muslimin Mesir dan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) sebagai
kumpulan pengganas, selaras dengan undang-undang persekutuan tentang
pembanterasan terorisme. Dan Kesatuan Ulama Sedunia juga termasuk dalam senarai
pengganas versi UAE itu.
Dalam satu kenyataan semalam, Kesatuan Ulama Sedunia mendesak UAE untuk menggugurkan mereka dari senarai pengganas dengan berkata kesimpulan UAE tidak didasarkan pada analisis atau penyiasatan sama ada legal, logik atau rasional. "Kami mendedahkan kehairanan atas keputusan UAE yang memasukkan kami dalam senarai kumpulan pengganas dan kami menolak penjelasan ini sepenuhnya," kata kenyataan Kesatuan Ulama Sedunia yang ditandatangani oleh Qaradhawi.
Kumpulan-kumpulan lain yang dimasukkan dalam senarai pengganas termasuk Jabhah Nusra, ISIS, gerakan Houthi di Yaman dan Ikhwanul Muslimin Mesir. Senarai ini juga merangkumi pelbagai agensi kemanusiaan, bantuan dan persatuan komuniti Muslim yang ada di dunia Arab dan Barat. [Fq/islampos/reuters]/HD-18 Nov 2014

Komen...
Begitu pelik dan aneh sekali tentang
senarai yang dikeluarkan kerajaan UAE terhadap pertubuhan Islam seperti Ikhwan
Muslimin bersama beberapa pertubuhan Islam lain dalam daftar pengganas. Lebih
pelik lagi bila senarai ‘pengganas’ ini hanya melibatkan pertubuhan Islam
sedangkan ‘Keganasan’ yang dlakukan ‘Bukan Islam’ terhadap orang-orang Islam
tidak pula didaftarkan sebagai pengganas. Lihat saja apa yang telah dilakukan oleh kelompok bukan
Islam terhadap Muslim Rohingya di Myanmar. Begitu juga dengan pembantaian
terhadap Muslim Uighur di China.
Jadi apa motifnya UAE berbuat
demikian.?. Mengapa UAE tunduk dengan kehendak barat yang mahukan Islam menjadi
lemah..?. Apakah UAE sudah lupa terhadap kezaliman Basyar Assad yang membunuh
ratusan ribu nyawa rakyat Syria sehingga menyebabkan bangkitnya kelompok Jabhah
Nusra bagi menentang kezaliman Basyar Assad..?. Apakah UAE lupa dengan ‘rampasan
Kuasa tentera’ terhadap pemimpin Ikhwan Muslimin seperti Presiden Morsi yang mendapat
kuasa yang sah atas sokongan rakyat..?..Begitu juga kebangkitan kelompok ISIS
bagi menghalang penghinaan dan keganasan Syiah terhadap golongan Sunni di Timur
Tengah..?..
0 comments:
Post a Comment