Tindakan
‘u-turn’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengotakan janjinya untuk
memansuhkan Akta Hasutan membuktikan bahawa UMNO bukanlah parti perubahan, kata
Naib Pengerusi DAP Teresa Kok Suh Sim.
“Hakikat yang nyata adalah Najib sebenarnya telah tunduk kepada
sayap kanan dan elemen konservatif dalam partinya sendiri. “Najib jelas tidak mempunyai keberanian dan tunduk kepada
partinya sendiri yang ternyata tidak boleh diubah walaupun sering mencanang
bahawa UMNO-BN perlukan pembaharuan,” kata Teresa dalam satu kenyataan, hari
ini.
Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh menyatakan, tindakan itu
membuatkan rakyat tertanya-tanya Najib masih komited kepada konsep
kesederhanaan, atau sama ada wujud pendakwaan terpilih di bawah Akta Hasutan
tidak lama lagi.
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini
berkata, Najib seharusnya meramal pendirian keras sebahagian penyokong BN
menentang rancangannya untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
dan undang-undang keselamatan yang lain. Ini kerana mereka ingin mengekalkan cara lama dan menutup mulut
pengkritik. Abdullah berkata demikian dalam ucapannya ketika menerima ijazah
kehormat doktor falsafah pertama di Universiti Malaysia Kelantan pada September
2011. Tambah Abdullah usahanya sebelum ini untuk melaksanakan
pembaharuan bukan sahaja menerima tekanan ‘dari luar’, bahkan dari dalam.
Dalam pada itu Teresa mengecam alasan Menteri Kesejahteraan
Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menyalah rakyat sebagai punca
mengapa Najib memutuskan untuk mengekalkan akta kuno tersebut. Rahman hari ini dilaporkan berkata, Najib memang mahu
memansuhkan Akta Hasutan, namun malangnya rakyat tidak menyambut niat sucinya
itu. “Alasan ini tidak munasabah dan tidak boleh diterima sama
sekali,” ujarnya.
Roketkini.com
0 comments:
Post a Comment