Gambar - GADIS Ular,
Rahiza Abdul Rahim, 28, menunjukan kecekapan bermain ular sempena Pameran dan
Pertunjukan Ular yang diadakan di Muzium Negeri Kelantan di Kota Bharu, hari
ini. Pameran itu berlangsung selama sebulan bermula hari ini.
KOTA BAHARU 4
Nov. - “Memang pada mulanya saya rasa agak gementar,” kata Rahiza Abdul Rahim,
yang tinggal bersama 60 ekor ular berbisa dalam sebuah bilik kaca selama
sebulan.
Tetapi
demi memberi aksi terbaik kepada pengunjung, Rahiza berkata, beliau cekalkan
hati dan akhirnya berjaya mengatasi perasaan gementarnya.
Rahiza,
28, seorang setiausaha syarikat swasta di Pulau Pinang memberitahu demikian
kepada pemberita di Pameran dan Pertunjukan Ular di Muzium Kelantan yang
bermula di sini hari ini.
Selama
tempoh pameran, beliau akan tinggal bersama antara lain, tedung selar, ular
senduk dan ular kapak dalam bilik berkenaan dari pukul 9 pagi sehingga 10
malam.
Rahiza,
yang lebih mesra dengan panggilan Baby Andryanna, berkata, ini merupakan
penampilan pertamanya selepas terbabit secara serius dalam bidang berkenaan
sejak enam bulan lepas. - BERNAMA
0 comments:
Post a Comment