Presiden Myanmar, Thein Sein membantah tuduhan mengatakan minoriti
Muslim Rohingya ditindas dan disiksa diwilayah barat Rakhine yang bergolak dan
mengatakan kepada situs Voice of Amerika (VOA) bahawa laporan itu adalah direkayasa.
Menurut ‘Projek Arakan’,yang menggambarkan berlaku migrasi secara besar-besaran
melintasi Teluk Bengal. Sekitar 100.000 warga Rohingya meninggalkan Wilayah
Rakhine sejak 2012. Pemberontakan etnik Muslim Rohingya dengan penganut Buddha
pada 2012 telah menewaskan ratusan orang dan 140 ribu lainnya kehilangan tempat
tinggal. Sebahagian besarnya adalah warga Muslim Rohingya. Reuters melaporkan pada 2013, ada yang ditawan
oleh geng penyeludup untuk mendapatkan tebusan dan ditahan di kamp-kamp dalam
hutan di Thailand, sampai pihak keluarga terpaksa membayar wang tebusan untuk
pembebasan mereka.
‘Keperihatinan antarabangsa dilebih-lebihkan’.. kata Thein
Sein kepada VOA pada Kamis (20/11) di kediamannya di
Nyapyitaw, ibunegara Myanmar. ‘Ini hanyalah cerita media bahawa manusia perahu
lari menghindari penyiksaan’.. katanya.
Jelas
Thein Sein lagi, ‘banyak orang yang ingin tinggal di Myanmar kerana masih
banyak ruang kosong, banyak tempat untuk tinggal dan bekerja’.. ‘Banyak orang
menuliskan hal-hal yang negatif dengan niat buruk’, katanya. ‘Organisasi-organisasi
antarabangsa juga membantu mereka’.. (Thein Sein adalah jenderal yang
meninggalkan tentera untuk memimpin pemerintahan reformis).
Situasi
buruk Muslim Rohingya berkembang luas di Myanmar dan mengatakan bahawa mereka
tidak memiliki hak kewarganegaraan meskipun sudah turun temurun tinggal di
Wilayah Rakhine. Terakhir, berita mengatakan ribuan warga Muslim Rohingya yang
sebahagian besarnya tidak memiliki kewarganegaraan berlayar keluar melintasi
Teluk Bengal menuju pantai barat Thailand. Dari sana, mereka akan pergi ke negara-negara
berdekatan seperti Malaysia.
Pemerintah
Thailand menuding pemerintah Myanmar bertanggung jawab atas migrasi ini dan
berpendapat bahawa tindakan Muslim Rohingya migrasi adalah untuk menghindari
penyiksaan dan kekerasan pemerintah Myanmar.. ‘Masalahnya bermula di Myanmar.
Penyebab mereka datang adalah kerana Myanmar tidak menginginkan mereka
(Rohingya) dan mereka disiksa serta terpaksa lari kerana kekerasan yang terjadi
di sana’.. kata Sanya Prakobphol, Ketua polis didaerah Kapoe,selatan Thailand
kepada Reuters.
Jumaat
lalu, Presiden AS Barack Obama dalam kunjungannya ke Myanmar menyerukan kepada
pemerintah Myanmar untuk memberikan hak yang samarata untuk warga Rohingya.
Myanmar mula diterima oleh masyarakat
Antarabangsa (Sebelumnya disisihkan) pada 2011 selepas pemimpin Tentera
melancarkan Reformasi dan membentuk pemerintahan rakyat. Namun apa yang masih
nyata, secara dasarnya, kekuasaan yang ada masih dipegang oleh Tentera..Siapa
Jenderal Thein Sein..?
Dari pelbagai sumber, rujuk lain-lain sumber untuk ketepatan maklumat..
0 comments:
Post a Comment