Sponsor

Monday, November 10, 2014

Ahmed Davutoglu – ...Siapa yang Berani Berkata..., ‘Al-Quds Bukan Urusan Anda’..?


Rajab Tayyeb Erdogan
Di tengah-tengah meningkatnya serangan Israel terhadap Kota Suci Al-Quds dimana terletaknya Masjidil Al-Aqsha, Turki sekali lagi bangun berdiri dan bersumpah untuk melindungi tempat suci ketiga Umat Islam itu. Pada Turki, Serangan yang dilakukan Israel terhadap Masjid al-Aqsha umpama serangan terhadap Masjidil Haram, Mekah.
Erdogen berkata.. ‘Pemerintah Israel harus menghentikan segala aksi tercela dan kebiadaban ini. Apa yang akan dikatakan jika serangan seperti ini dilakukan terhadap Sinagog..? Masjid Al-Aqsha tidak hanya untuk rakyat Palestin tetapi juga tempat suci untuk semua umat Islam’. ‘Tindakan yang dilancarkan terhadap Masjid Al-Aqsha tidak dapat dimaafkan,menyerang Masjid Al-Aqsha adalah seperti menyerang Ka’bah’. Jelas Erdogen pada 7 November ketika membuat kunjungan rasmi di Ashgabat, Ibukota Turkmenistan.. (laporan Onislam.net).
Ketegangan antara penduduk Palestin dan pemerintah Israel memuncak diKota Al-Quds sejak seminggu lalu selepas Pemerintah Israel menutup kompleks Masjid Al-Aqsa. Membantah dengan tindakan Israel, Presiden Turki mendesak masyarakat Antarabangsa untuk mengambil ‘semua langkah yang diperlukan’ dalam menangani masaalah ini. Erdogen turut memperingatkan bahawa ‘provokasi Israel mungkin akan menghidupkan kembali Intifada ketiga.
Bantahan yang serupa juga turut disuarakan oleh Perdana Menteri Turki, Ahmed Davutoglu. Beliau menyatakan, ‘Al-Quds adalah tujuan kami bahkan jika orang lain lupa dan tetapi Al-Quds akan terus menjadi tujuan kami untuk selamanya. Tidak seorang pun yang dapat mengatakan kepada orang Turki dan berkata ‘Al-Quds bukan urusan Anda’.... 

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/