Sebuah
helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih
petang ini dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengatakan tiga mayat sudah
dijumpai.
Portal
Suara TV melaporkan, sekurang-kurangnya terdapat enam penumpang termasuk orang
kenamaan (VIP) seperti Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua
Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias turut berada dalam
helikopter tersebut.
Helikopter
itu dikatakan terbang ke Subang dari Kuantan.
Bernama
melaporkan jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berkata pihaknya
menerima panggilan kecemasan pada 4.57 petang tadi.
"Maklumat
awal yang diterima menyatakan helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55
petang ini," katanya seperti dilaporkan Bernama hari ini.
Beliau
berkata sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang,
Bangi dan Semenyih diarah ke lokasi kejadian. Bomba
juga belum mengenal pasti jenis helikopter itu.
Sementara
itu, Bernama melaporkan jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata tiga
mayat nahas helikopter itu sudah ditemui, dan pihak berkuasa sedang mencari 3
lagi penumpang lain.Jurucakap
pasukan penyelamat JPAM berkata, kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin
kencang.
"Unit
Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas
itu," katanya kepada Bernama. – 4 April, 2015.
0 comments:
Post a Comment