Sponsor

Wednesday, April 8, 2015

PRK Permatang Pauh 7 Mei 2015,.. Umno/BN Sudah Pasang ‘Angan-Angan’ Rampas Kerusi Permatang Pauh..?

BN Pulau Pinang bersedia untuk membantu Umno merampas kembali kerusi Permatang Pauh daripada PKR pada pilihan raya kecil akan datang. Pengerusinya Teng Chang Yeow berkata, semua parti komponen BN telah bermesyuarat sejak akhir tahun lepas untuk membincangkan persiapan di peringkat bawahan bagi pilihan raya kecil itu."Daripada tanda-tanda yang saya terima, Umno akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu dan kami bersedia untuk membantu memenangi kerusi tersebut," kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, pemimpin BN Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat tertutup minggu ini untuk membincangkan tentang strategi dan penyediaan kempen untuk pilihan raya kecil itu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan hari ini berkata, SPR menetapkan 7 Mei sebagai hari mengundi sementara hari penamaan calon ialah pada 25 April dan pengundian awal pada 3 Mei.   

Chang Yeow yang juga pengerusi Gerakan Pulau Pinang berkata, semua anggota parti  komited untuk bekerjasama untuk memastikan kemenangan calon BN pada pilihan raya kecil itu.    

Beliau berkata, walaupun jentera pilihan raya BN belum dilancarkan, anggotanya di peringkat akar umbi telah mula menjalankan usaha sejak awal tahun ini. "Kerja-kerja di peringkat akar umbi telah bermula dengan pendaftaran pengundi dan kami akan menetapkan tarikh untuk melancarkan jentera pilihan raya kami selepas mesyuarat minggu ini," katanya.    

Beliau berkata, BN kini memberi tumpuan kepada kempen multimedia baharu untuk menawan hati majoriti pengundi muda.   
Kerusi Permatang Pauh diisytiharkan kosong selepas penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli parlimen selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen bagi pengampunan diraja yang dipohon oleh keluarga ketua pembangkang itu atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.    

Anwar sedang menjalani huikuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh. Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mempertahankan kerusi Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi. -  Bernama

1 comments:

  1. SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI WOWO BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI WOWO DI +6285328880180--/-085-328-880-180 ATAU KLIK DI SINI

    ReplyDelete

http://penburukonline.blogspot.my/