Sebuah gambar ‘mengerikan’ tersebar meluas di media maya
dengan wajah seorang gadis yang tidak berdosa kelihatan seperti menjadi mangsa
peperangan. Bagaimanapun, gambar ini dikesan palsu dimana menunjukkan seorang
pakar hias Iran sedang melakukan lukisan diwajah gadis tersebut.
Gambar ini diposisikan dalam keadaan berbaring ditanah
dan dalam keadaan bersimbah darah seolah-olah gadis ini menjadi mangsa
peperangan. Dipetik dari beberapa sumber, ternyata tujuan gambar ini disebar
untuk melemahkan mentaliti tentera bersekutu yang diketuai Arab Saudi dalam Operasi
‘Badai Penghancur’ untuk menyerang militan Syiah Hutsi di Yaman.
Dipetik dari sumber 3alyoum.com, sebahagian nya berpendapat
gambar tersebut bertujuan melahirkan rasa bersalah dikalangan tentera bersekutu
dan dengan cara ini mengukuhkan lagi kedudukan Syiah Hutsi untuk kekal
menguasai Yaman.
Dari pelbagai sumber, rujuk lain2 sumber untuk ketepatan
maklumat.
0 comments:
Post a Comment