Meninjau disebuah penempatan Muslim
Xi’an di Daerah Shaanxi China, sukar untuk mempercayai bahawa Kota yang didiami
lebih lapan juta jiwa manusia ini sebenarnya pernah menjadi sejarah titik awal
jalur perdagangan yang menghubungkan China dengan Dinasti Romawi sejauh 6.4
ribu kilometer sekitar abad ke dua masihi. Dicatatkan bukan sekadar laluan
perdagangan, malah jalur itu juga telah mendedahkan kebudayaan dan agama Islam
kepada masyarakat China. Sehingga kini Daerah Xi’an masih diwarnai keislamanya
yang masih kuat serta kental.
Daerah Xi’an kini mencatatkan sekitar
tujuh puluh ribu warganya beragama Islam. Didaerah itu saja terdaat sepuluh
buah Masjid dan Masjid yang paling tua dan terbesar diseluruh China dikenali
sebagai Masjid Agung Xi’an atau ‘Great Mosque of Xi’an’ yang dibangunkan pada
tahun 742 masihi.
Berbeza dengan kebanyakan Masjid-masjid
di Timur Tengah atau di Asia Tengah, Masjid Agong Xi’an dibina mengikut tradisi
China pada bahagian atap. Pengaruh Arab hanya boleh dilihat pada bahagian dalam
Masjid bertuliskan ayat-ayat al Qur’an. Ruang utama Masjid dapat menampung
hingga 1000 orang jemaah dan masjid terbuka bagi setiap penziarah yang datang
mulai dari pukul 8 pagi hingga pukul 7.30 malam. Bagi penziarah yang bukan
beragama Islam tidak dibenarkan masuk ke ruang Solat.
Selain itu, terdapat Masjid-masjid
kecil lainnya di daerah Xi’an. Bagaimanapun kebanyakan Masjid itu tersembunyi dan
tertutup. Ini disebabkan selama Revolusi Kebudayaan China sekitar 1966 hingga
1976, budaya dari kumpulan minority sering ditekan dan aktiviti Ibadat Muslim
dilarang sama sekali. Selama Revolusi itu, pihak pemerintah Komunis China telah
menghancurkan lebih dari 29 ribu buah Masjid di seluruh China, membakar al Qur’an
serta pembunuhan terhadap Imam-Imam Masjid.
Bagaimanapun sekitar tahun 1978, Pemerintah
Komunis China mulai terbuka terhadap kehadiran Muslim dan mula menerimanya. Di
petik dari kata-kata seorang warga muslim China bernama Zhang mengaku, “Ketika
saya masih kecil, saya dilarang untuk belajar di Masjid,namun sekarang kami
memiliki sedikit kebebasan untuk mempelajari serta menamalkan Islam kami di
sini”…
Artikel dari pelbagai sumber sekadar
berkongsi maklumat. Rujuk lain-lain sumber untuk ketepatan maklumat.Wallahuaklam..
SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI WOWO BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI WOWO DI +6285328880180--/-085-328-880-180 ATAU KLIK DI SINI
ReplyDelete