Kuala Lumpur :
Akibat tidak puas hati dengan tindakan seorang peniaga
makanan di Petaling Street yang menuduhnya tidak membayar wang makanan, seorang
wanita warga asing bertindak nekad dengan membuka pakaiannya, termasuk coli
hingga separuh bogel sebelum mengajak peniaga itu bertumbuk.
Kejadian itu dirakam oleh orang ramai sebelum disebarkan di media sosial
dan menjadi ‘viral’ hari ini.
Dalam video yang berdurasi 1.53 minit itu, wanita warga asing berjaket
putih pada mulanya mendakwa sudah meletakkan wang di atas meja tetapi dinafikan
peniaga berkenaan.
Peniaga itu kemudiannya memegang pergelangan tangan wanita itu yang
menyebabkan dia menjerit sambil meronta-ronta supaya dia dilepaskan.
Sebaik berjaya melepaskan tangannya daripada cengkaman peniaga berkenaan,
wanita warga asing itu menanggalkan pakaian yang menutupi bahagian atas
badannya satu persatu hingga separuh bogel.
Selepas itu, dia mengajak peniaga yang berbadan gempal dan berseluar
merah itu bertumbuk dengannya.-Metro
Apa punya GILA ni ?
ReplyDeleteGua ingat kalau semua orang buat macam ni sebab bantah GST mesti gomen cancel itu GST. Minah tu pressure Nasi Ayam GST RM18.
ReplyDelete