Ketika pemimpin Umno bersegera mempertahankan presiden mereka Datuk Seri
Najib Razak, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikritik kerana
tidak secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap perdana menteri. Seorang wakil rakyat Umno Kedah mahu Mukhriz meletak jawatan sebagai
menteri besar jika beliau tidak secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap
Najib, kerana katanya, anak bekas perdana menteri itu terhutang budi kepada
presiden Umno itu untuk jawatannya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin itu
juga mengkritik Mukhriz kerana mengaitkan sokongannya terhadap Najib dengan
penyiasatan terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang
dibebani hutang. "Jawatan menteri besar itu dilantik perdana menteri dengan sokongan
Adun Barisan Nasional. Kalau beliau tidak lagi menyokong perdana menteri, yang
terbaik ialah beliau letak jawatan," kata Ahmad dipetik sebagai berkata
kepada satu laporan di portal SuaraTV.
Ahmad diwawancara portal itu selepas satu mesyuarat luar biasa antara
pemimpin Umno negeri, ahli Parlimen Umno dan Adun Umno yang dipanggil pegawai
Mukhriz pagi ini. Ahmad mendakwa, mesyuarat itu sepatutnya diadakan bagi menyatakan
sokongan mereka kepada perdana menteri dan presiden Umno.
Najib ketika ini dikrtik hebat pemimpin veteran Umno terutamanya bekas
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dan bekas menteri kewangan Tun Daim
Zainuddin. Dr Mahathir, bekas presiden Umno dan juga bapa Mukhriz, menggesa Najib
meletak jawatan, mengatakan Umno dan BN akan tewas dalam pilihan raya umum akan
datang jika beliau tidak berbuat demikian.Ini mencetuskan satu arus sokongan terhadap Najib daripada pemimpin akar
umbi Umno dan mereka yang berada dalam BN.
Bagaimanapun, Ahmad mendakwa, semasa mesyuarat itu, Mukhriz berkata
beliau akan menunggu hasil siasatan audit ke atas 1MDB sebelum menyatakan
sokongannya kepada Najib.
“Mukhriz berkata, dia hanya akan sokong Najib sekiranya siasatan
mendapati tidak terdapat salah laku dalam 1MDB. Tetapi, sekiranya hasil
siasatan mendapati sebaliknya, dia akan menyebelahi orang ramai," kata
Ahmad kepada SuaraTV.
Ahmad mendakwa beberapa pemimpin Umno semasa mesyuarat itu tidak setuju
dengan pendirian Mukhriz itu. "1MDB ialah isu pengurusan yang sedang disiasat Jabatan Audit. Ia
tidak sepatutnya menjadi penanda aras kepimpinan Najib.
"Najib sendiri berjanji akan mengambil tindakan tegas sekiranya
terdapat bukti wujud salah laku," Ahmad dipetik berkata kepada SuaraTV.
"Saya diberitahu mesyuarat itu untuk menyatakan sokongan kepada
perdana menteri, tetapi dalam mesyuarat, menteri besar kata beliau berada di
pihak rakyat. “Saya pelik. Rakyat mana? Ramai juga rakyat yang menyokong Najib,” Ahmad
memberitahu SuaraTV.
Ahmad berkata antara Adun yang menghadiri mesyuarat itu ialah Nor Saidi
Nanyan (Kuah), Kama Noriah Ibrahim (Pedu), Datuk Abu Hasan Sarif (Kota Siputeh)
dan Datuk Ahmad Zaini Japar (Bukit Kayu Hitam). Ahli exco negeri yang hadir termasuk Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail
(industri dan pelaburan), Aminuddin Omar (belia dan sukan) dan Datuk Badrol
Hisham Hashim (perumahan dan kerajaan tempatan), kata Ahmad. Antara ketua bahagian yang hadir ialah Datuk Mohd Rozai Shafian
(Pendang), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Baling), Datuk Johari Baharum (Kubang
Pasu), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) dan Abdullah Hasnan (Kuala
Kedah). – TMI/12 April, 2015.
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
ReplyDeleteKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل