Seorang
angkasawan, Anton Shkaplerov menyiarkan gambar dua Kota Suci umat Islam dunia,
Mekah dan Madinah. Gambar yang dirakamkan pada malam hari dari ruang angkasa
International (ISS) itu amat menakjubkan. Kota suci Mekah dan Madinah dilihat
terang benderang. Cahaya yang berkilau bak hamparan emas. Sementara pada salah
satu titik ditengahnya terlihat cahaya putih dengan pandangan yang jelas.
Anton
Shkaplerov memasukkan gambar-gambar itu ke Twitter dan Instagram. Dia mengaku
sangat kagum dengan pemandangan (Mekah dan Madinah) yang diambilnya melalui
kamera itu.
“Amazing night view of #Mecca and #Medina
from the #ISS,” seperti yang ditulis Anton Shkaplerov dalam akaun Twitter
@AntonAstrey . Sejak disiarkan pada 26 Januari 2015 hinga 14 April, gambar itu
telah di-retweet seramai 7.200 pengguna Twitter.
Pelbagai
sumber/Em
0 comments:
Post a Comment