Kenyataan Media: PAS Desak The Malaysian Insider Mohon Maaf
1. Saya melahirkan kekesalan atas berita
bergambar palsu yang disiarkan oleh portal berita The Malaysian Insider bahawa
kononnya peserta demonstrasi Kita Lawan yang berkumpul di hadapan Pejabat Agung
PAS memegang banner dan poster yang bertulis “Undur Hadi” iaitu merujuk kepada
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Gambar itu dimasukkan
pada kemaskini berita tersebut pada jam 2.37 petang.Keterangan di bawah gambar
itu mengatakan ia adalah gambar asli milik The Malaysian Insider sedangkan pada
hakikatnya ia adalah gambar ‘superimpose’ yang telah diubah perkataan di
dalamnya.
2. Sesungguhnya, penyiaran berita palsu yang
bertujuan provokasi dan memecahbelahkan Pakatan Rakyat ini amat memalukan
sekaligus menjatuhkan kredbiliti portal The Malaysian Insider sebagai media
alternatif kepada media arus perdana. Adakah The Malaysian Insider begitu
terdesak untuk membuat berita yang popular sehingga sanggup membuat gambar
superimpose..? Berita ini sungguh berniat jahat kerana ia berunsur untuk melagakan
para peserta demonstrasi kepada PAS dan Presiden PAS.
3. Justeru, PAS mendesak portal The Malaysian
Insider agar segera memohon maaf secara terbuka kepada PAS, Dato’ Seri Tuan
Guru Haji Abdul Hadi Awang dan juga para peserta demonstrasi atas penyiaran berita
bergambar palsu tersebut. Sifat tanggungjawab, amanah dan jujur adalah prinsip
dunia kewartawanan dan media yang patut dipertahankan.
Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
Ketua Penerangan PAS
0 comments:
Post a Comment