Universiti Malaya (UM) mengambil tindakan tatatertib terhadap
presiden persatuan mahasiswanya Fahmi Zainol berhubung perhimpunan bersama
ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim awal minggu ini.
Menurut surat jawatankuasa displin pelajar yang
diterimanya awal malam ini, presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya
(PMUM) akan berdepan dengan sembilan pertuduhan.
Pertuduhan-pertuduhan itu:
1. Menganjurkan satu perhimpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor.
1. Menganjurkan satu perhimpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor.
2. Memanggil satu himpunan melebihi lima orang
tanpa kebenaran naib canselor.
3. Menghadiri satu perhimpunan yang tidak
dibenarkan universiti.
4. Menjalankan urusan yang "merosakkan atau
memudaratkan kepentingan, kesejahteraan atau nama baiik universiti" di
kampus.
5. Menjalankan urusan yang "merosakkan atau memudaratkan
ketenteraman atau keselamatan awam, moral, kesopanan atau tatatertib" di
kampus.
6. Melakukan perbuatan yang menyebabkan apa-apa
halangan, kesulitan, kegusaran, kerugian atau kerosakan kepada mana-mana orang
dalam universiti.
7. Memiliki alat pembesar suara atau alat-alat
serupa tanpa kebenaran naib canselor.
8. Gagal mengikut arahan kakitangan atau pegawai
universiti semasa perhimpunan.
9. Gagal mematuhi surat tunjuk sebab pada 23 Oktober.
Perbicaraan kes disiplin itu dijadualkan pada 7
November.
Perhimpunan 27 Oktober lalu disertai kira-kira
2,000 pelajar dan aktivis selepas merempuh pintu pagar universiti
berkenaan.
Universiti itu menutup pintu masuk utama dari
arah Kuala Lumpur bagi menghalang acara tersebut yang tidak mendapat kelulusan
pihak pentadbiran.
Fahmi memberitahu Malaysiakini malam ini bahawa lapan lagi pelajar menerima tindakan tatatertib
berhubung program tersebut tetapi hanya beliau seorang yang dikenakan sehingga
sembilan pertuduhan.
-MK/31 Okt 2014/Anjur Ceramah Anwar: Fahmi hadapi 9 tuduhan
0 comments:
Post a Comment