Peniaga berkenaan dirakam bertindak demikian oleh orang ramai di bandar Wenzhou di wilayah Zhejiang, timur China, semalam, selepas dia menangkap wanita berkenaan, Yu Chung, 28, mencuri pakaian di kedainya.
Pemilik kedai Mei Hsueh, 39, yang berang dengan perbuatan
Yu, memberitahu polis, dia menanggalkan baju dan coli Yu kerana mahu mengajar
dan menghalang dia melarikan diri.
“Pencuri ini cuba mencuri pakaian saya. Kerana itu saya
mengambil pakaiannya pula supaya dia akan berfikir dua kali sebelum mengulangi
perbuatan itu. “Saya juga mahu menjadikan kejadian ini pengajaran kepada
semua pencuri lain,” kata Mei.
Pemilik kedai itu mulanya menarik pakaian Yu sebelum
menanggalkan colinya dan mencampakkannya ke jalan raya. Satu gambar dirakam menunjukkan wanita muda itu jatuh ke
lantai sambil memaut kaki peniaga itu dan merayu colinya dikembalikan supaya
dia boleh menutup dirinya daripada orang ramai.
Jurucakap polis Chi Tuan berkata, Yu ditahan dan akan
didakwa dengan tuduhan mencuri sementara tiada tindakan diambil terhadap Mei. -
Agensi
0 comments:
Post a Comment