Sponsor

Tuesday, October 28, 2014

[Bergambar] - Kampong Chubadak Tambahan Di Robohkan DBKL...

Di saat seluruh mata orang politik dan aktivis tertumpu kepada kes mahkamah dua pemimpin besar Pakatan Rakyat hari ini, kesempatan itu digunakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk merobohkan kediaman penduduk Kampung Chubadak Tambahan.

Difahamkan turut berlaku pergelutan antara penduduk dan beberapa aktivis pelajar dengan pihak berkuasa ketika mereka berusaha mempertahan kediaman penduduk dari dirobohkan. 
Antara rumah yang dirobohkan termasuk milik warga emas Wahida Mat Salleh, 73, atau lebih dikenali sebagai Makcik Wahida yang menetap di situ bersama suaminya sudah hampir 45 tahun.
Lebih 50 anggota DBKL termasuk pasukan Light Strike Force (LSF) yang berpakaian lengkap dikerah mengawal keadaan.

Harakahdaily dimaklumkan sekurang-kurangnya dua aktivis mahasiswa ditahan pihak polis setakat ini ekoran tindakan mereka mempertahan kediaman penduduk dari dirobohkan. Antara yang ditahan termasuk aktivis Mahasiswa, Abdul Muqit Muhammad dan Ahmad Fahmi Mokhtar. Kesemua mereka dilaporkan dibawa ke Ibupejabat Polis Daerah Sentul bagi diambil keterangan.
Sebelum ini beberapa kali cubaan dibuat pihak DBKL untuk merobohkan kediaman penduduk di sini namun dihalang oleh penduduk, ahli politik Pakatan Rakyat dan aktivis masyarakat. Bagaimanapun hari ini, ramai di kalangan mereka terlibat memberi sokongan kepada dua kes mahkamah melibatkan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peluang itu dilihat digunakan sepenuhnya pihak berkuasa Kuala Lumpur untuk meneruskan hasrat mereka merobohkan kediaman penduduk di kampung Chubadak Tambahan.
Turut beada di sana ketika ini termasuk pemimpin PAS Batu, dan juga beberapa pemimpin dari Pemuda PAS Pusat

 
HARAKAHDAILY 28/10/2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/