Beranikah Pemimpin Dunia Arab
mengkritik pembohongan Presiden Amerika, Barrack Obama di persidangan PBB,
menelanjangkan segala kejahatan dan ‘membungkam’ segala perilaku jahat Yahudi yang
mengorbankan darah bangsa Arab Muslim khususnya di Gaza..?.. Rasanya tidak..!..Mereka hanya sibuk mencium tangan
Tzipi Livni, Menteri Keadilan Israel yang ‘terang lagi bersuluh’ adalah
penjahat perang di Gaza. Mencari barokah dunia dengan ‘mengusap-usap’ tangan penjahat
perang dan banyak pula yang bermuka-muka dengan penampilan agak sederhana konon
nya agar menampakan lebih ‘konservatif’ dan cinta perdamaian..?.. Tidak kurang
juga yang mengirimkan ucapan ‘selamat’ kerana kejayaan Israel menghapuskan ‘pengganas’
di Gaza..?..
Di PBB, Cristina Fernández dengan
lantang dan tegas mengecam Amerika, lihat apa katanya,..‘Anda pernah mengeluarkan
keputusan untuk memerangi Al-Qaeda setelah peristiwa 11 September, anda menjajah
banyak negara dan anda membunuh ratusan ribu nyawa penduduknya atas nama perang
melawan keganasan di Iraq dan Afganistan dan sehingga kini, masih saja menjadi
negara yang paling bermasalah dengan keganasan’...
‘Setahun yang lalu, kita pernah
bersidang dimana anda semua melabelkan regim Basyar Asad sebagai pengganas dan
anda semua menyokong pejuang oposisi yang dulu kami menganggap sebagai
pembangkang, namun sekarang kita bersidang lagi untuk membungkam para
pembangkang itu yang ternyata memang pengganas dan sekarang sudah termasuk
senarai organisasi teroris yang sekarang sudah berubah menjadi super ekstrim’.
‘Dulu, Hizbullah juga pernah anda
masukkan dalam senarai pengganas, terakhir diketahui bahawa Hizbullah adalah
parti besar dan terkenal di Lebanon’... ‘Anda-anda semua pernah menuduh Iran disebalik
ledakan Kedutaan Israel di Buenos Aires tahun 1994 dan sehingga saat ini, anda tidak
dapat membuktikan bahwa Iran terlibat pada peledakan itu’..?..
Sepanjang persidangan di PBB,
Cristina turut melahirkan simpati terhadap rakyat Gaza yang terkorban akibat serangan
ganas Israel... kata Cristina,..‘anda semua memejamkan mata di depan musibah
yang maha dahsyat yang dilakukan Israel yang membunuh ribuan nyawa rakyat
Palestin, bukannya anda-anda memberi fokus kepada ribuan nyawa yang terkorban itu, tetapi anda hanya fokus pada roket-roket
yang jatuh ke Israel yang tidak merugikan apa-apa bagi israel’... (Mengharapkan
penguasa-penguasa Arab untuk mengkritik seperti ini, Jangan haraplah..)
Tegas Cristina lagi,.. ‘Hari ini
kita bersidang kembali untuk mengeluarkan keputusan bersama untuk menghalang
ISIS dan menghancurkannya.Ingat, Negara-negara tempat beradanya ISIS (Suriah
dan Iraq) adalah dua regim yang didukung oleh negara-negara yang menjadi
kuncu-kuncu anda. Negara-negara pendukung (arab) itu adalah wakil tetap anggota
Dewan Keamanan PBB’.. tambahnya.
Kritikan keras yang sebegini
tentulah tidak disukai Amerika, mereka lebih mengharapkan ‘pujian melebar’ atas
segala kerakusan mereka. Tentu sekali berbeza dengan ucapan-ucapan penguasa
Arab yang lebih suram, membosankan, penuh dengan kemunafikan dan terlebih lagi
seperti ‘menjilat-jilat’ kemahuan Amerika. Terlalu sedikit yang menghentam
Israel atas keganasan di Gaza. Itupun penuh dengan rasa ‘malu-malu’..?..
Christina munkin benar..!.. Tetapi
beranikah Amerika membuli Presiden Argentina ini..?.. Rasanya tidak, sebab
ucapan Cristina untuk membela rakyat yang terkorban nyawa dan derita rakyat
Gaza, sebahagiannya menjadi yatim piatu angkara Israel yang durjana. Christina
hanya berpihak kepada nilai-nilai keadilan Hak Asasi Manusia dan menjaga
martabat kemanusian seluruhnya. Lagipun, apa perlu takut dengan Amerika..?..
Terima kasih sebesar-sebesarnya
kita sampaikan kepada Christina, terima kasih atas keberaniannya, terima kasih
kerana ‘kewanitaan’ nya mengungguli semua Penguasa Arab yang mendakwa diri
mereka jantan, tapi pengecut. Terima kasih kerana sudah menyampaikan kebenaran
tanpa rasa takut kepada Amerika,pesawat-pesawat tempur serta bala tentaranya.
Dan tidak lupa juga ucapan selamat kepada penguasa-penguasa Arab yang sudah mendapat
berkah dan anugerah dari betina Tzipi Livni. Jika pun rakyat-rakyat tidak
mengadili mereka dan persidangan PBB hanya mainan belaka, maka sejarah sudah
tentu tidak akan melupakannya. Sejarah pernah mencatatkan lahirnya pejuang
seperti Evo Morales dan Che Guevara, tidak pelik akan lahir pula ‘Singa Betina’
seperti Cristina, sementara bangsa-bangsa pengecut akan selamanya menjadi ‘hamba
dunia’..Wallauaklam..
Edit dari pelbagai sumber dan
pandangan peribadi penulis, rujuk lain-lain sumber untuk ketepatan maklumat..
0 comments:
Post a Comment