DABO (Perancis): Seorang bekas anak
tiri dan ibu tiri akhirnya melangsungkan perkahwinan mereka selepas beberapa
bulan terbabit dalam isu undang-undang dengan pihak berkuasa Perancis mengenai
hak mereka untuk berkahwin.
Elisabeth Lorentz, 48, berkahwin dengan Eric Holder yang
tiga tahun lebih muda daripadanya di daerah Alsace-Lorraine, timur laut
Perancis.
Wanita itu sebelum ini berkahwin dengan
bapanya tetapi pasangan itu tidak ada hubungan darah.
Undang-undang Perancis melarang perkahwinan antara anak tiri dengan ibu / bapa tiri walaupun selepas ibu atau bapa tiri itu sudah bercerai. Pasangan itu merayu hingga ke Istana Elysee. Mereka menerima sepucuk surat pada Mei lalu yang ditandatangani oleh Presiden Francois Hollande, mengesahkan perkahwinan seperti itu dilarang di negara berkenaan.

Bagaimanapun, mereka memperoleh hak untuk berkahwin daripada mahkamah tempatan
Alsace-Lorraine. Pejabat pendakwa raya di Paris membantah keputusan itu tetapi tidak merayu. “Akhirnya kami berkahwin,” kata Elisabeth.
Bekas suaminya yang juga bapa kepada pengantin lelaki antara 100 tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan itu. “Dia tidak pernah melarang kami berkahwin,” kata pengantin perempuan itu. - Agensi

0 comments:
Post a Comment