Pembangkang sengaja mencanangkan cerita bahawa apabila minyak
naik harga barang akan naik untuk menakut-nakutkan rakyat, kata Ahli Parlimen
Bagan Serai (BN) Dr Noor Azmi Ghazali.
Beliau
ketika membahaskan Bajet 2015 berkata, pembangkang terlalu emosional dalam isu
kenaikan harga minyak dan mendakwa tidak faham akan usaha kerajaan dalam
merasionalisasikan subsidi rakyat.
"Bukankah minyak sudah naik lima kali pernahkah berlaku keadaan inflasi yang sukar dikawal? "Jawapan barang naik kerana minyak naik, ini tidak betul! Saya tidak bersetuju. Saya fikir ini bukan jawapannya. "Kita ada minyak. Kenapa minyak naik? Minyak kita minyak baik. Kita jual untuk kebaikan rakyat,"katanya.
Ekoran kenyataannya itu beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bangun dan menyangkal dakwaan itu sambil memohon untuk mencelah. Ahli Parlimen PAS Sepang Hanipa Maidin yang diberi laluan membidas Bagan Serai dan menyifatkan perbahasannya 'penuh dengan guruh tetapi kosong'. "Tidak perlu panggil orang ekonomi, bagi rakyat biasa pun secara rasionalnya tahu bila minyak naik barang akan naik. "Takkan tak ada kesan. Tak payah bahas panjang-panjang,"tegas Hanipa yang diikuti sorakan di kalangan Ahli Parlimen Pakatan.
Hanipa turut mempersoalkan Bagan Serai yang langsung tidak menyentuh soal rasuah yang berleluasa menyebabkan kerajaan terpaksa merasionalisasikan subsidi. "Perlu juga kita perbetulkan struktur, tutup pintu korupsi dan sebagainya. Ini kerana semakin ramai didedahkan korupsi semakin banyak orang kaya. Inilah keadaan korupsi negara kita. Kenapa tidak bangkitkan?"soal Hanipa. - HARAKAHDAILY 16/10/2014

Lihat, Apa Komen Pembaca...
Print Screen komen pembaca dari Harakahdaily/16 Okt 2014
0 comments:
Post a Comment