Telah kembali ke Rahmatullah, Syeikh
Abdul Qadir bin Taha Al-Shaibi pemegang kunci Ka’bah pada hari Kamis
(23/10/2014) dalam usia 75 tahun. Jenazah Syeikh Al-Shaibi dimakamkan di
Mualla, Makkah, setelah disolatkan di Masjidil Haram.
Pemegang kunci Ka’bah itu wafat di
Rumah Sakit Garda Nasional Raja Khalid di Jeddah pada hari Kamis pagi. Ajalnya
datang di tengah persiapan rutin pencucian Ka’bah yang akan dilakukan pada 15
Muharram 1436 H (8 November 2014) Syeikh Al-Shaibi dilantik sebagai pemegang
kunci Ka’bah setelah kematian pamannya dari garis keturunan ayah, Abdul Aziz
Al-Shaibi, empat tahun lalu. Kini, anggota tertua dari keluarga Shaibi, Dr
Saleh bin Taha Al-Shaibi akan menjadi pemegang kunci Ka’bah yang baru
mengantikan Syeikh Abdul Qadir.
Keluarga Shaibi secara tradisi telah
menjadi pemegang kunci Ka’bah sejak zaman pra-Islam. Kemulian dan tanggung
jawab itu ditegaskan pada masa Rasulullah Muhammad SAW. Keluarga Shaibi saat
ini merupakan keturunan dari Utsman bin Talhah yang hidup semasa Rasulullah.
Ringkasan Sejarah Pemegang Kunci Ka’bah..
Ketika Rasulullah dan kaum Muslimin
berjaya menakluki Makkah, Rasulullah SAW pergi ke Ka’bah. Pintu Ka’bah ternyata
dalam keadaan terkunci. Seiring dengan kedatangan Rasulullah, ramai penduduk
Makkah sudah mulai menerima Islam. Mereka memberitahu bahawa kunci Ka’bah
dipegang oleh Utsman bin Talhah.Dikala itu, Utsman bin Talhah belum lagi memeluk
Islam. Utsman sendiri ketika Rasulullah dan kaum Muslimin datang sudahpun
berada dibumbung Ka’bah.
Sahabat Baginda Rasullah SAW, Ali bin
Abi Talib (ra) kemudian meminta kunci itu dari Utsman. Bagaimanapun Utsman bin
Talhah menjawab permintaan itu dengan mengatakan ‘jika aku meyakini bahawa
Muhammad seorang utusan Allah, maka pintu Ka’bah sudah sejak dulu aku akan
buka’.. Ucapan itu menunjukkan Utsman bin Talhah tidak percaya dengan kerasulan
Nabi Muhammad SAW dan oleh kerana itu dia tidak akan membuka pintu Ka’bah.
Akhirnya, Ali bin Abi Talib akhirnya berjaya mendapatkan kunci Ka’bah dari tangan Utsman. Ali terus membuka pintu Ka’bah dan Rasulullah pun masuk ke dalamnya. Di dalam Ka’bah Rasulullah SAW terus melakukan solat dua rakaat.
Akhirnya, Ali bin Abi Talib akhirnya berjaya mendapatkan kunci Ka’bah dari tangan Utsman. Ali terus membuka pintu Ka’bah dan Rasulullah pun masuk ke dalamnya. Di dalam Ka’bah Rasulullah SAW terus melakukan solat dua rakaat.
Ketika itu datang pula Ibnu Abbas
(bapa saudara Nabi) dan berkata kepada Rasulullah SAW bahawa dia dan keluarganya
sanggup menyediakan air untuk para Jamaah haji yang datang. Menuangkan air
untuk menghilangkan dahaga para Jamaah Haji yang kehausan jika Rasulullah
memberikan kunci Ka’bah itu kepadanya. kata Ibnu Abbas lagi, maka keluarganya
akan memiliki dua kehormatan. Pertama, menyediakan air bagi jamaah haji. Kedua,
membuka pintu Ka’bah serta menutup dan menguncinya ketika diperlukan.
Selepas dari itu, datanglah Malaikat
Jibril membawa wahyu di dalam Ka’bah. Intipati dari Wahyu itu membawa maksud, ‘bahawa
Allah telah memerintahkan untuk mengembalikan kunci Ka’bah kepada pemiliknya,
orang yang diberi amanat untuk menyimpannya. Ertinya, kunci itu mesti diserahkan
kembali kepada Utsman bin Talhah’...
Rasulullah kemudian memerintahkan Ali
supaya mengembalikan kunci itu kepada Utsman dan berpesan agar Ali segera
meminta maaf kerana sudah ‘merebut’nya dari tangan Utsman. Denga segera Ali pun
berjumpa Utsman dan berkata,.. ‘Ya Utsman, ini kuncinya, Dan kami menyampaikan
permohonan maaf kerana kami salah telah mengambil kunci itu darimu’..
Terkejut Utsman bin Talhah bukan
kepalang. Utsman bertanya kepada Ali mengapa dia tiba-tiba bersikap sangat baik
kepadanya, padahal sebelumnya dia bersikap kasar merebut kunci itu dari
tangannya..? Lantas Ali menjawab bahawa sudah turun ayat al-Qur’an dari Allah
yang memerintahkan agar kunci itu dikembalikan kepada pemiliknya. Oleh kerana
itu, kunci tersebut dikembalikan kepada Utsman.
Mendengar penjelasan Ali, Utsman bin
Talhah terus mengucapkan dua kalimah syahadat, menyatakan dirinya beriman kepada
Allah dan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul-Nya.
Malaikat Jibril kembali menemui
Rasulullah. Jibril membawa perintah dari Allah (bukan wahyu berupa ayat al-Qur`an),
antara lain bermaksud ‘memerintahkan agar Rasulullah bangkit dan memberitahu
Utsman bin Talhah bahawa kunci Ka’bah itu akan tetap berada di tangannya dan
seterusnya dipegang oleh keturunan dari keluarganya hingga hari kiamat’.
Sehingga sekarang, susur galur keturunan
Utsman bin Talhah inilah yang memegang kunci Ka’bah sehingga datangnya berita
kematian Syeikh Abdul Qadir bin Taha Al-Shaibi pada khamis 23 Oktober 2014...
Wallahuaklam/pelbagai sumber/Saudi Gazette.
0 comments:
Post a Comment