Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Demo menuntut kenaikan harga getah

Beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka

Jalinan kerjasama Negeri Selangor dan Kelantan membangunkan negeri

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor

Ulama Syiah digesa hentikan amalan nikah mut'ah

Dr Hussein Abdullah al-Jabiry, Ketua Institute Penangan Penyakit Menular di kota Najaf, utara Baghdad, menegaskan bahwa rata-rata penderita penyakit AIDS di kota Najaf terdiri dari pemeluk syiah

Menjejaki kehidupan suku Kajang di Kepulauan Sulawesi

Diluar keyakinan adat yang hingga saat ini masih terus dipelihara, suku Kajang pun memiliki peradaban kuno yang mengagumkan. Adalah makam dengan nisan batu berukuran besar merupakan bukti kuno peninggalan sejarah yang kuat

Sponsor

Monday, April 6, 2015

[Bergambar] Meninjau Kehidupan Muslim Xi'an Daerah Shaanxi, China..

Meninjau disebuah penempatan Muslim Xi’an di Daerah Shaanxi China, sukar untuk mempercayai bahawa Kota yang didiami lebih lapan juta jiwa manusia ini sebenarnya pernah menjadi sejarah titik awal jalur perdagangan yang menghubungkan China dengan Dinasti Romawi sejauh 6.4 ribu kilometer sekitar abad ke dua masihi. Dicatatkan bukan sekadar laluan perdagangan, malah jalur itu juga telah mendedahkan kebudayaan dan agama Islam kepada masyarakat China. Sehingga kini Daerah Xi’an masih diwarnai keislamanya yang masih kuat serta kental.

Daerah Xi’an kini mencatatkan sekitar tujuh puluh ribu warganya beragama Islam. Didaerah itu saja terdaat sepuluh buah Masjid dan Masjid yang paling tua dan terbesar diseluruh China dikenali sebagai Masjid Agung Xi’an atau ‘Great Mosque of Xi’an’ yang dibangunkan pada tahun 742 masihi.
Berbeza dengan kebanyakan Masjid-masjid di Timur Tengah atau di Asia Tengah, Masjid Agong Xi’an dibina mengikut tradisi China pada bahagian atap. Pengaruh Arab hanya boleh dilihat pada bahagian dalam Masjid bertuliskan ayat-ayat al Qur’an. Ruang utama Masjid dapat menampung hingga 1000 orang jemaah dan masjid terbuka bagi setiap penziarah yang datang mulai dari pukul 8 pagi hingga pukul 7.30 malam. Bagi penziarah yang bukan beragama Islam tidak dibenarkan masuk ke ruang Solat.

Selain itu, terdapat Masjid-masjid kecil lainnya di daerah Xi’an. Bagaimanapun kebanyakan Masjid itu tersembunyi dan tertutup. Ini disebabkan selama Revolusi Kebudayaan China sekitar 1966 hingga 1976, budaya dari kumpulan minority sering ditekan dan aktiviti Ibadat Muslim dilarang sama sekali. Selama Revolusi itu, pihak pemerintah Komunis China telah menghancurkan lebih dari 29 ribu buah Masjid di seluruh China, membakar al Qur’an serta pembunuhan terhadap Imam-Imam Masjid.
Bagaimanapun sekitar tahun 1978, Pemerintah Komunis China mulai terbuka terhadap kehadiran Muslim dan mula menerimanya. Di petik dari kata-kata seorang warga muslim China bernama Zhang mengaku, “Ketika saya masih kecil, saya dilarang untuk belajar di Masjid,namun sekarang kami memiliki sedikit kebebasan untuk mempelajari serta menamalkan Islam kami di sini”…




Artikel dari pelbagai sumber sekadar berkongsi maklumat. Rujuk lain-lain sumber untuk ketepatan maklumat.Wallahuaklam..

Saturday, April 4, 2015

Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis Dipercayai Terlibat Dalam Nahas Helikopter..

Sebuah helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang ini dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengatakan tiga mayat sudah dijumpai.
Portal Suara TV melaporkan, sekurang-kurangnya terdapat enam penumpang termasuk orang kenamaan (VIP) seperti Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias turut berada dalam helikopter tersebut.
Helikopter itu dikatakan terbang ke Subang dari Kuantan.
Bernama melaporkan jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.57 petang tadi.
"Maklumat awal yang diterima menyatakan helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang ini," katanya seperti dilaporkan Bernama hari ini.
Beliau berkata sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih diarah ke lokasi kejadian. Bomba juga belum mengenal pasti jenis helikopter itu.
Sementara itu, Bernama melaporkan jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata tiga mayat nahas helikopter itu sudah ditemui, dan pihak berkuasa sedang mencari 3 lagi penumpang lain.Jurucakap pasukan penyelamat JPAM berkata, kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.

"Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu," katanya kepada Bernama. – 4 April, 2015.

Sunday, March 8, 2015

Kenyataan Media - Siar Gambar ‘superimpose’. PAS Desak TMI Mohon Maaf..


Kenyataan Media: PAS Desak The Malaysian Insider Mohon Maaf
1. Saya melahirkan kekesalan atas berita bergambar palsu yang disiarkan oleh portal berita The Malaysian Insider bahawa kononnya peserta demonstrasi Kita Lawan yang berkumpul di hadapan Pejabat Agung PAS memegang banner dan poster yang bertulis “Undur Hadi” iaitu merujuk kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Gambar itu dimasukkan pada kemaskini berita tersebut pada jam 2.37 petang.Keterangan di bawah gambar itu mengatakan ia adalah gambar asli milik The Malaysian Insider sedangkan pada hakikatnya ia adalah gambar ‘superimpose’ yang telah diubah perkataan di dalamnya.
2. Sesungguhnya, penyiaran berita palsu yang bertujuan provokasi dan memecahbelahkan Pakatan Rakyat ini amat memalukan sekaligus menjatuhkan kredbiliti portal The Malaysian Insider sebagai media alternatif kepada media arus perdana. Adakah The Malaysian Insider begitu terdesak untuk membuat berita yang popular sehingga sanggup membuat gambar superimpose..? Berita ini sungguh berniat jahat kerana ia berunsur untuk melagakan para peserta demonstrasi kepada PAS dan Presiden PAS.
3. Justeru, PAS mendesak portal The Malaysian Insider agar segera memohon maaf secara terbuka kepada PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan juga para peserta demonstrasi atas penyiaran berita bergambar palsu tersebut. Sifat tanggungjawab, amanah dan jujur adalah prinsip dunia kewartawanan dan media yang patut dipertahankan.

Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS

Saturday, February 28, 2015

Bergambar – Gaza Tenggelam Akibat Tindakan Israel Lepaskan Air Empangan..


Beratus warga Gaza Palestin meninggalkan rumah mereka pada hari Minggu pagi setelah pemerintah Israel membuka sejumlah pintu air empangan di dekat perbatasan Gaza. Air membanjiri Lembah Gaza setelah badai musim sejuk yang parah akhir-akhir ini.Kementerian Dalam Negeri Gaza menyatakan bahawa mereka telah memindahkan lebih dari 80 keluarga dari kedua penempatan dilembah Gaza (Wadi Gaza) setelah rumah mereka ditengelami air dengan kedalaman lebih dari tiga meter .Ini bukan pertama kalinya pemerintah Israel telah membuka empangan Gaza Loire. Pada Desember 2013, pemerintah Israel juga membuka empangan di tengah banjir besar di Jalur Gaza. Banjir mengakibatkan kerusakan puluhan rumah.Pada tahun 2010, bendungan juga dibuka dan membuat sekitar 100 keluarga harus dipindahkan dari rumah mereka.


Berikut adalah gambar-gambar penderitaan warga Gaza yang dipetik dari portal Era Muslim.
banjir gaza tengah 12
banjir gaza tengah
banjir gaza tengah1
banjir gaza tengah 3
banjir gaza tengah 4
banjir gaza tengah 5
banjir gaza tengah 6
banjir gaza tengah 7
banjir gaza tengah 9banjir gaza tengah 8
banjir gaza tengah 13
banjir gaza tengah 11
banjir gaza tengah 10
banjir gaza tengah 2

http://penburukonline.blogspot.my/