Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Demo menuntut kenaikan harga getah

Beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka

Jalinan kerjasama Negeri Selangor dan Kelantan membangunkan negeri

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor

Ulama Syiah digesa hentikan amalan nikah mut'ah

Dr Hussein Abdullah al-Jabiry, Ketua Institute Penangan Penyakit Menular di kota Najaf, utara Baghdad, menegaskan bahwa rata-rata penderita penyakit AIDS di kota Najaf terdiri dari pemeluk syiah

Menjejaki kehidupan suku Kajang di Kepulauan Sulawesi

Diluar keyakinan adat yang hingga saat ini masih terus dipelihara, suku Kajang pun memiliki peradaban kuno yang mengagumkan. Adalah makam dengan nisan batu berukuran besar merupakan bukti kuno peninggalan sejarah yang kuat

Sponsor

Wednesday, August 20, 2014

Anak Teruja Lihat Gambar lucah Rogol Ibu Sendiri...

Kuala Lumpur: Seorang pelajar tingkatan tiga ditahan selepas disyaki merogol ibu kandungnya di sebuah rumah di Taman OUG, Sri Petaling, jam 2 pagi semalam.
Dalam kejadian itu, remaja berkenaan dikatakan merogol ibunya selepas wanita berusia 44 tahun itu tersilap masuk ke bilik tidur anak lelakinya ketika pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pelajar itu ditahan petang semalam sejurus wanita berkenaan tampil membuat laporan polis. "Wanita itu tidar sedar masuk ke bilik anaknya dan lebih kurang dua atau tiga jam kemudian dia tersedar dan melihat anak lelakinya dalam keadaan bogel berada di atas tubuhnya. Difahamkan, pelajar itu sedang melihat gambar lucah dalam telefon bimbitnya sebelum secara kebetulan didatangi ibunya yang sedang mabuk," katanya.
Katanya, polis menahan pelajar berkenaan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan iaitu melakukan sumbang mahram.- Metro/20 Ogos 2014

Monday, August 18, 2014

Wanita Ini Memiliki Nilai Payudara Termahal Di Dunia....


Foto
Seorang wanita ditahan di lapangan terbang bandar raya ini selepas mengaku   menyembunyikan dadah bernilai £70,000 (RM369,000) dalam payudaranya.
Wanita warga Venezuela berusia 43 tahun itu menggunakan dua beg plastik mengandungi 1.7 kilogram kokain sebagai implan payu dara untuk memperdaya kastam di lapangan terbang di ibu negara Sepanyol ini.
Dia mulanya ditahan pegawai kastam kerana kelihatan cemas. Bagaimanapun, pemeriksaan yang dijalankan tidak menemui apa-apa pada bagasinya. Wanita itu baru saja tiba dengan penerbangan dari Bogota, Colombia apabila pegawai menahannya kerana curiga dengan tingkah lakunya ketika berada di kaunter kastam.
Walaupun tidak ada apa yang ditemui dalam bagasinya, pegawai mengarahkannya menjalani pemeriksaan tubuh. Langkah pegawai wanita yang meraba suspek mendapati ada sesuatu yang tidak kena pada payudaranya. Dia serta-merta mengaku membawa implan kokain, menurut kenyataan polis Sepanyol. Wanita itu kemudian dikejarkan ke hospital untuk mengeluarkan implan dari kedua-dua payudaranya, mengandungi kokain seberat 1.7 kilogram.
Polis Sepanyol melakukan pemeriksaan ketat terhadap penumpang yang tiba dengan ‘penerbangan panas’ dari Amerika Latin. - Agensi

Sunday, August 17, 2014

Keputusan Mesyuarat PAS Pusat Sebagai Menghormati Semangat Pakatan Rakyat..


Keputusan PAS Pusat hari ini sangat mengecewakan Umno, tulis Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibahim Tuan menerusi facebook beliau. Katanya, keputusan itu juga menutup mulut golongan yang cuba memecahkan PAS, menambah keyakinan kepada mereka yang ikhlas dalam perjuangan serta menggembirakan rakyat.

Mesyuarat PAS Pusat hari ini sebulat suara bersetuju mencadangkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

"PAS tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon Menteri Besar," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan selepas mesyuarat tersebut.

Sementara itu, Pemuda PAS Malaysia mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Abdul Hadi  kerana telah berjaya mengemudi mesyuarat AJK PAS Pusat hari ini sehingga membuahkan keputusan yang dinamik. "Keputusan berjaya dicapai dengan persetujuan semua ahli mesyuarat tanpa sebarang bangkangan," tulis ketuanya, Suhaizan Kayat di dalam facebooknya.

Katanya, PAS pernah menyokong Khalid sebelum ini berdasarkan pendirian PAS dalam berhadapan Langkah Kajang kerana pada ketika itu, pandangan PAS kedudukan Menteri Besar tidak berbangkit.

Namun, ujarnya sokongan tersebut bertukar setelah Khalid digugurkan sebagai ahli PKR dan tidak lagi menjadi ahli PR kerana tahaluf syiasi PAS adalah dengan PKR bukannya dengan Khalid. "Bahkan PAS menegaskan komitmennya terhadap PR dengan tidak menuntut jawatan Menteri Besar kerana menghormati semangat setiakawan bersama PKR dan DAP," tulisnya lagi.-HD/17 Ogos 2014

Friday, August 15, 2014

Berakhir Sudah Era Pemerintahan Diktator Regim Syiah Iraq, Nouri Al-Maliki...

Era pemerintahan diktator Nouri al Maliki sudah pun tamat di Iraq. Beliau yang sebelum ini dikenali sebagai pemerintah ‘tangan besi’ didakwa telah menimbulkan banyak permusuhan. Iraq mengalami krisis politik yang besar setelah gagal mengatasi beberapa isu berkaitan Sunni di Iraq dan kemuncak kelemahan nya menyebabkan Iraq kehilangan beberapa wilayah kekuasaan selepas ISIS yang didominasi oleh kumpulan Sunni berjaya menguasai sebahagian dari Iraq. Ini termasuklah kejayaan ISIS menguasai kota kedua terbesar Iraq, yakni Mosul..

Selain itu, Nouri Al Maliki juga mendapat kecaman kuat daripada negara-negara sekutunya seperti Iran dan Arab Saudi. Tokoh-tokoh Syiah seperti Ali Khamenei, Ali Sistani dan Muqtada Al Saddar tidak lagi memberi dukungan buat Nouri Al Maliki termasuk ‘Big Bos’ nya sendiri, Amerika..?..

Tiada pilihan lain selain dari memilih untuk mengundurkan diri dari jawatan nya sekarang.  Dalam ucapannya melalui TV Iraq pada khamis14 Ogos 2014, Al Maliki mengistiharkan perletakkan jawatannya dan menyokong penuh bakal penggantinya bertujuan untuk memelihara Kesatuan di Iraq.... ‘Saya mengumumkan berundur diri untuk memudahkan proses politik dan pembentukan pemerintahan baru serta menyokong Haider al-Abadi’..

Dalam kesempatan itu, Perdana Menteri Al Maliki juga sempat memuji dirinya sendiri dengan mengatakan.. ‘Ketika berkuasa, ia telah membawa Iraq kepada masyarakat Antarabangsa’ dan selebihnya mengatakan Iraq sedang berhadapan dengan ancaman keganasan yang serius. Katanya itu mungkin merujuk kepada Kumpulan ISIS yang kini sedang mengancam kesatuan di Iraq.

Dalam hal lain, Al Maliki juga berjanji tidak akan mendapatkan kekuasaan di Iraq pada masa hadapan. Keputusan nya untuk melepaskan jawatan adalah dengan kehendaknya sendiri tanpa dorongan dari mana-mana pihak demi melindungi kepentingan yang lebih besar bagi Negara Iraq serta menghindari pertumpahan darah. Katanya lagi.. ‘Saya hanya akan menjadi seorang perajurit tempur dan berjuang membela Iraq serta rakyatnya’..

Apa pun pengakuan yang dibuat oleh Al-Maliki ini tidak memberi apa-apa kesan kerana corak pemerintahan yang ditunjukkan selama ini tidak disukai oleh rakyat Iraq serta sekutunya...

Rujuk lain-lain sumber untuk ketepatan maklumat...

http://penburukonline.blogspot.my/