Berberapa kumpulan pejuang oposisi Suriah serta rakyat Suriah
utara melahirkan kebimbangan terhadap strategi ketenteraan yang diumumkan oleh
Presiden Amerika, Barack Obama untuk menghadapi mujahidin ISIS. Sebahagian nya
mendakwa serangan udara Amerika tidak akan memberi kesan terhadap anggota ISIS
sebaliknya hanya akan membunuh rakyat Suriah yang tidak berdosa. Bahkan kata
mereka, ini akan mendorongkan simpati rakyat Suriah terhadap pejuang ISIS
kerana AS diketahui lebih peduli terhadap ‘kekuasaan’ ISIS dibandingkan dengan ‘kekejaman
dan pembantaian’ sadis yang dilakukan Basyar Assad terhadap rakyat Suriah.
Seorang pejuang oposisi Suriah dari daerah Idlib, Jaber Abdulkarim,36
yang baru tiba di Turki kerana mengunjungi keluarganya menyuara ‘keraguan’ nya
tentang strategi Obama seperti yang diumumkan pada rabu. Beliau berkata
serangan udara tidak akan mampu menumbangkan ISIS, ini kerana katanya, ‘Kita
tahu dimana tempat perlindungan dan gua-gua, begitu juga dengan Pejuang ISIS,
Mereka tahu dimana untuk bersembunyi dalam menghadapi serangan udara. Jika AS
bersungguh-sungguh mahu menewaskan ISIS, mereka mesti memulakan serangan
melalui darat, selain dari itu, tidak ada jalan yang akan membawa keberhasilan’....Tambahnya
lagi, ‘Tentera pembebasan Suriah (FSA) telah lama memerangi regim Basyar Assad
dan ISIS serta memiliki ‘lebih banyak pengalaman’ setelah lebih tiga tahun
berjuang, tetapi memerlukan sokongan dari luar, kami penat dan kehabisan
bekalan. Beberapa pejuang Oposisi juga telah berubah arah dan banyak yang
menyertai ISIS hanya kerana mereka mampu menyediakan makanan, tempat
perlindungan dan senjata yang baik’...
Seorang lagi pejuang Oposisi dari daerah Latakia, Faisal 23 menyatakan,.. ‘Moral rendah, tidak ada yang benar-benar berdiri dibelakang kami, kami tidak memiliki kerjasama antara sesama pejuang Oposisi’. Walaupun menyambut baik keputusan Barack Obama untuk memerangi ISIS di wilayah Suriah, tetapi katanya, ‘apa yang mereka tahu entang realiti di Suriah..? Mereka hanya duduk dihotel-hotel mewah dalam keadaan aman dan hanya bicara sahaja. Sebelumnya, Koalisi Nasional Suriah mengatakan bahawa mereka berdiri dibelakang keputusan masyarakat Antarabangsa untuk memerangi mujahidin ISIS yang telah menguasai sebahagian Suriah dan Iraq. Koalisi juga mendesak pejuang oposisi diberikan pelatihan secukupnya serta mempersenjatai FSA dan Koalisi sering mengatakan bahawa FSA adalah ‘Oposisi Utama’ dan mengatakan penghapusan pemerintah Basyar Assad masih menjadi tujuan utama mereka yang berjuang di Suriah.
Seorang lagi pejuang Oposisi (FSA) 30 tahun yang tidak mahu
disebut namanya menyatakan,.. ‘saya benar-benar tidak memahami, tiba-tiba ribut
tentang ISIS membunuh orang, tetapi Basyar Assad juga telah membunuh ribuan nyawa
rakyat Suriah selama tiga tahun terakhir, tetapi... tak seorang pun tampaknya
ambil peduli dan tertarik lagi dengan ‘kebiadapan Basyar’ itu’..?..
Komanden FSA dari Aleppo, Mohammed Al Bakhour 31, ‘Dia
menyatakan bahawa tujuan utama adalah penghapusan pemerintah Damaskus terlebih
dahulu, ‘Setelah Basyar Assad hilang, kita akan memerangi ISIS dengan cara kita
sendiri’..Al Bakhour juga turut bimbang bahawa serangan udara terpadu AS yang
mensasarkan ISIS akan mengasingkan lebih banyak pejuang oposisi.Katanya.. ‘Banyak
anggota saya mengatakan kepada saya bahawa mereka akan mengubah keberpihakan
dan akan bergabung dengan ISIS jika AS mulai mengebom ISIS daripada matlamat
untuk mengusir Assad’.. katanya lagi, ‘Mereka
merasa dikhianati dan kecewa’..
Salah seorang aktivis oposisi dari daerah Deir al-Zor mengatakan bahawa,.. Dia tidak ingin ‘kekuatan asing’ untuk menyerang negaranya: ‘Kami telah melihat apa yang Amerika lakukan di Iraq dan apa yang terjadi di Afghanistan, di Somalia, di Yaman. Serangan udara seperti ini membunuh banyak rakyat yang tidak berdosa dan orang-orang yang tidak bersalah. Anggota keluarga saya semua tinggal di Deir al-Zor, sebuah kota yang kaya dengan minyak berhampiran perbatasan Iraq dan ketika ini di bawah kendalian ISIS. Saya merasa tidak terbayangkan bahawa (AS) harus melakukan hal ini ‘tanpa diundang’ untuk melakukannya oleh rakyat Suriah sendiri’....
Salah seorang aktivis oposisi dari daerah Deir al-Zor mengatakan bahawa,.. Dia tidak ingin ‘kekuatan asing’ untuk menyerang negaranya: ‘Kami telah melihat apa yang Amerika lakukan di Iraq dan apa yang terjadi di Afghanistan, di Somalia, di Yaman. Serangan udara seperti ini membunuh banyak rakyat yang tidak berdosa dan orang-orang yang tidak bersalah. Anggota keluarga saya semua tinggal di Deir al-Zor, sebuah kota yang kaya dengan minyak berhampiran perbatasan Iraq dan ketika ini di bawah kendalian ISIS. Saya merasa tidak terbayangkan bahawa (AS) harus melakukan hal ini ‘tanpa diundang’ untuk melakukannya oleh rakyat Suriah sendiri’....
0 comments:
Post a Comment