ISIS sungguh luarbiasa..?..Pertama
kali dalam sejarah PBB, seluruh pemimpin Dunia memberikan fokus mereka kepada
ancaman ISIS sehinggakan mengalahkan isu-isu lain antarabangsa. Mungkin ancaman
ISIS sudah melebihi dari ancaman gerakan Al Qaeda yang pernah dituduh
menghancurkan bagunan WTC di New York 11 September 2001 lalu..?..
Amerika mengetuai semua gerakan dan
menggalang seluruh kekuatan Dunia semata-mata untuk menghadapi ISIS. Satu konferensi
besar dorongan Amerika telah berlangsung di Paris diikuti pemimpin 50 negara
didunia dengan pelbagai pakar strategik ketenteraan, pakar keganasan serta
penganalisis perisikan. Agenda utamanya memutuskan satu strategi mapan, tepat
dan canggih untuk menghancurkan ISIS. Dahsyat..?
Khabarnya di Wahington pula berkumpulnya
‘peramal-peramal’ kemungkinan ancaman serangan dari ISIS terhadap negara mereka
dan barat kerana sekarang ini terdapat ribuan para pejuang berasal dari
negara-negara Barat turut bersama ke medan perang di Iraq dan Syiria.
Menteri Pertahanan Amerika, Chuck
Hagel berkata,.. ISIS memiliki kekutan tentera dan memiliki senjata canggih
serta memiliki dana yang sangat besar. Alasannya, ISIS menguasai sumber minyak
terbesar Iraq, secara langsung akan mengoperasi kekuatanya secara jangka
panjang. Aset yang dimiliki ISIS menurut perisikan Amerika, sudah mencapai
puluhan billion dollar. ISIS menguasai senjata sangat besar. Ketika Kota Mosul (bandar
kedua terbesar Iraq selepas Baghdad) jatuh ketangan ISIS, semua pelbagai jenis
senjata canggih dikuasai ISIS. Lebih membimbangkan ISIS mampu menguasai bahan
Nuklear iaitu Uranium.
Apa yang menakutkan Amerika dan
sekutu-sekutu mereka adalah gabungan generasi muda bersama ISIS. Akibat
kebencian dengan ketidakadilan pemerintah-pemerintah seperti yang terjadi di
Dunia Arab oleh para Raja menyebabkan ‘subur’ nya penentangan terhadap
pemerintah. Seruan Khalifah Abu Bakar al Baghdadi sudah memasuki dunia sejagad
dan banyak generasi muda penuh dengan semangat serta idealism dari pelbagai
penjuru dunia memilih ISIS tempat untuk memperluaskan perjuangan mereka.
Semenjak ISIS menguasai sebahagian besar Iraq dan Syiria, sudah banyak kem-kem
latihan ketenteraan didirikan. Ini cukup menakutkan bagi Amerika dan barat
apatah lagi kepentingan-kepentingan Ekonomi mereka dirantau Arab akan terus
lenyap begitu saja.
Gambar kiri- Major Mariam Al Mansouri, pilot Wanita dari Emiriah Arab Bersatu
turut bergabung bersama Amerika dalam serangan Udara menyerang ISIS..
Presiden Barack Obama menjadikan
Sidang PBB sebagai ‘hamparan’ untuk menggalang kekuatan menghadapi ISIS. Obama
mendominasi persidangan dan menjadikan ISIS sebagai Agenda nombor satu.
Keputusan sebulat suara tanpa penentangan, Resolusi diputuskan komitmen keras
untuk menghentikan penguasaan ISIS. Sekatan juga oleh negara-negara untuk
menghalang para jihad asing dari memasuki Iraq dan Syiria. Begitulah ketakutan
Amerika dan sekutunya terhadap ISIS.
Lihat apa kata Barack Obama.. ‘kata-kata
yang disampaikan di forum keamanan PBB ini harus disesuaikan dan diwujudkan
dengan perbuatan dan tindakan nyata didalam Negara dan juga antara Negara,
bukan hanya pada hari-hari mendatang namun tahun-tahun yang kehadapan’..sambung
Obama lagi.. ‘Kekuatan merupakan satu-satunya yang difahami oleh Militan’...Kata-kata
Obama ini memberikan madsud bahawa perang untuk menghadapi ISIS akan berlaku
dalam jangka masa yang panjang..
Begitulah pentingnya PBB untuk Amerika.
Agenda ISIS menjadi satu yang terpenting dalam sejarah persidangan.. ‘New York oh
New York’.!..Sungguhlah ‘Luar Biasa’ ISIS ini. Tapi.., ‘Benarkah ISIS sebuah
ancaman..? Mungkin Barat ‘Amerika dan Eropah’ serta sekutu-sekutunya hanya
ingin menghancurkan ‘Kekuatan Serta Kebangkitan Baru Yang Menuntut Sebuah Keadilan
Sejagad Ditengah-tengah Penjajahan ‘Ekonomi,Politik Serta Penghambaan Terhadap
Muslim Di Dunia Islam’..?..Wallahuaklam...
Rujukan dari pelbagai sumber dan
pandangan peribadi penulis sahaja. Rujuk lain-lain sumber untuk ketepatan
maklumat.
0 comments:
Post a Comment