Saya hairan, apa lagi
yang DAP tidak puas hati kepada PAS dalam isu perlantikan Menteri Besar
Selangor yang baharu.
Kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam yang melabel empat exco Selangor sebagai pengkhianat, dalam keadaan Sultan Selangor telahpun menamakan menteri besar baharu, pada saya tidak perlu.
Pada hemat saya, isu empat exco yang sebelum ini kekal bersama Tan Sri Khalid itu sudah 'tiada merit'.
Jika DAP masih mengungkitnya, bermakna DAP ada niat tertentu. Cuma apa yang saya tidak faham adalah, kenapa DAP yang lebih beremosi dalam isu ini?
Saya kira, mereka yang lebih wajar untuk beremosi selepas perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu ini adalah Anwar, Azizah, Rafizi mahupun Saifuddin Nasution.Ini kerana mereka adalah watak penggerak utama dalam Langkah Kajang, dan bukannya Guan Eng. Tetapi mereka ini tidak pula beremosi begitu, melainkan menyatakan tidak puas hati kepada Istana di atas cara dan kaedah perlantikan MB baru.

Kecuali Guan Eng dan DAP menyimpan dendam dengan PAS. Tapi saya rasa Guan Eng bukan jenis begitu. Beliau seorang yang berjiwa besar. Kalau betul mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz, Guan Eng bukan sahaja patut mencontohi dari sudut tatakelola pentadbiran yang baik. Malah juga perlu mencontohi sikap tawaduk dan warak cucu kepada Saidina Umar Al-Khatab itu.
Orang yang warak tidak mengungkit hal-hal yang lalu, kecuali sebagai untuk mengoreksi diri. Tapi dari nada Guan Eng itu nampaknya bukan bermaksud begitu. Lebih kepada tidak puas hati. SD juga tiada merit
Seperkara lagi, mana-mana pihak juga tidak wajar lagi mengungkit isu tandatangan SD sokong Wan Azizah yang dibuat 30 orang Adun sebelum ini termasuk oleh dua Adun PAS. Mungkin secara dalaman, isu SD dua Adun PAS itu akan diambil tindakan mengikut prosedur parti, namun dalam kerangka besar Pakatan Rakyat, isu ini juga sudah tidak releven.
Ini kerana nilai SD itu lebur selepas Sultan memperkenan Azmin sebagai MB baru sekaligus difahami baginda menolak Wan Azizah iaitu calon tunggal yang dikemukakan PKR dan DAP. Kecuali PKR masih mahu menggunakan SD yang tinggal 29 orang tersebut sebagai senjata untuk undi tidak percaya kepada Azmin selepas ini. Tapi saya harap ia tidak akan berlaku.
Anwar, Azizah dan PKR pun sudah menyatakan sokongan kepada Azmin. Majlis Pimpinan Pusat PKR juga sudah menerima penarikan diri Wan Azizah biarpun dibuat hanya selepas mengetahui Azmin menjadi pilihan sultan.
Tamatkan episod
Saya kira semua pemimpin dalam Pakatan Rakyat perlu melihat dan bergerak ke hadapan. Kita sudah tertinggal jauh dek kerana isu MB ini. Usah lah lagi mengungkit apa berlaku di belakang. Jangan biarkan kita terus tersekat di sini.
Berapa ramai lagi yang harus cedera dengan isu MB ini. Saya kesian melihat mereka-mereka yang telah menjadi mangsa dalam isu ini. Cukuplah sampai di sini. Dengan perlantikan baru ini biarlah episod ini ditamatkan. Jika mahu meneruskan 'Langkah' lagi, tunggulah dahulu, biarlah reda satu-satu.
Kepada Guan Eng dan DAP, belajarlah terima hakikat. Ada benda PAS perlu berbeza pendapat. Tapi jangan mudah menuduh mereka 'khianat'!
HD/23 Sept 2014
0 comments:
Post a Comment