Sponsor

Wednesday, September 10, 2014

Duhai Wanita, Kenapa Begini Jadinya..?..



Aduhai Wanita, Kenapa membiarkan dirimu menjadi fitnah orang..?..Allah menciptakan mu dengan sebaik-baik kejadian. Paling cantik dipandang mata, sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik setiap pandangan mata disekeliling mu.

Perhatikanlah sekarang ini, ramai wanita memilih untuk bertudung. Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedap dipandang mata, semakin bertudung semakin tertonjol pula bahagian-bahagian yang ‘mencuri’ pandangan mata.Mungkin inilah yang dikatakan akhir zaman. Berpakaian tetapi hakikatnya ‘bertelanjang’. Berfesyen-fesyen sehinggakan tidak berfikir langsung tentang aurat wanita. Ya Allah, bukakanlah pintu hati, jangan pakai yang ketat-ketat sehingga nampak bentuk badan yang tidak sepatutnya dipertontonkan orang...Ampun...!.

Perhatikanlah Wanita-wanita disekeliling kita...Kenapa begini jadinya..?

Bertudung, tapi terlalu simple. Ujung jalurnya diikat ke belakang, ada yang nampak terbelit leher. Bahagian dada tidak bertutup maka tertonjollah bentuk dada..apa daaa...

Bertudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula..!.. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya menampakkan lengan yang ‘suci gebu’ itu. Lebih dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans ketat. Jadi apabila membongkok atau duduk,..hurmmm..?.. nampak pakaian dalam malah kadang-kadang ‘terdedah’ apa yang sepatutnya tersembunyi...faham-faham je lah..!..

Bertudung, tapi pakai jeans tu ketat sangat. Maka lurah pinggul pun nampak terbelah dua. Bentuknya pun terbayangkan. Apa mau jadinya ini ? Adesss...

Bertudung, tapi pakai kebaya terlalu ketat. Bahagian pinggang ramping, dada pula kembang.Tidak cukup dengan itu  ‘kainnya pun dibelah’ pula. Apabila berjalan, terlihatlah betis malah kadang-kadang paha pun tersingkap.

Bertudung, tapi pakai kain mini, aduhai.!. kaki pun aurat juga. Pakai pula stoking.!.

Bertudung, tapi bermake-up tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala (lebih merah dari buah saga) jalan-jalan sambil goyang pinggul. Seksi lagi...arghhh..!

Bertudung,tapi ‘berkepit’ pula dengan teman lelaki.

Bertudung, pakai pula kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah.. tang, tang, tang.

Semakin hari semakin berat tanggungjawab untuk mendidik. Wahai kaum Adam, tolonglah hargailah wanita yang sentiasa berada disekeliling kita. Bimbing lah mereka kerana kaum Adam juga akan ditanya di akhirat kelak. Tegurlah dengan cara yang paling baik dan hikmah. Biar tepat dengan caranya. Didiklah Wanita menjadi insan solehah kerana wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki..Lindungi lah mereka dari fitnah dunia...
Selamatkah kita...Wallahua’lam

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/