BEIJING, CHINA
Sebuah pengadilan China hari Selasa (23/9/2014) menjatuhkan hukuman
penjara seumur hidup terhadap seorang ilmuan dan aktivis untuk hak-hak Muslim
Uighur paling terkemuka di negara itu.
Profesor ekonomi Ilham Tohti diadili atas tuduhan separatisme di
wilayah barat Xinjiang. Kes itu telah menimbulkan kecaman pihak Antarabangsa di
Barat dan kelompok-kelompok hak asasi manusia Antarabangsa. ‘Ini benar-benar
tidak dapat diterima’,..kata pengacaranya Li Fangping kepada Reuters melalui
telepon... ‘Ilham Tohti juga mengatakan bahawa ia tidak bersalah. Ia akan
mengemukan rayuan. Berdasarkan keputusan pihak pengadilan, ianya ada kaitan
dengan kepentingan politik.
Ilham Tohti berasal dari etnik Uighur, seorang intelektual dan moderat
terbaru yang akan dihukum oleh pemerintahan Presiden China, Xi Jinping.
Pengadilan di Xinjiang China mendakwa Ilham Tohti telah mempromosikan
kemerdekaan bagi wilayah Uighur di satu halaman sosial yang dikelolakan oleh
beliau, ‘Uighurbiz.net’. Bagaimanapun Ilham Tohti mengatakan kepada pengadilan,
Halaman ‘Uighurbiz.net’ itu untuk mempromosikan dialog antara ulama Uighur dan Majoriti
Han China dan secara terbuka beliau sendiri menentang kekerasan. Ilham Tohti juga
telah menolak bukti pertuduhan dan mengatakan laporan terhadap dirinya oleh
relawan mahasiswa yang telah bekerja pada portal tersebut dibuat dengan tekanan
dari pihak pemerintah.
Ilham Tohti dalam keterangan nya dipengadilan mengatakan, ‘dia
tidak pernah terlibat dengan mana-mana kumpulan pengganas atau kelompok asing
dan ‘hanya bergantung pada pena dan kertas secara diplomasi meminta hak-hak
asasi manusia dan hak-hak perundangan yang adil bagi warga Muslim Uighur.
Di China,dakwaan keganasan boleh membawa hukuman mati. Amerika
Syarikat, Kesatuan Eropah dan Badan hak
asasi manusia menyerukan pembebasan Ilham Tohti setelah penahanan selama sembilan
bulan yang secara dekat dilihat sebagai sebahagian dari tindakan keras
pemerintah hanya untuk perbezaan pendapat.
Di Xinjiang, ketegangan antara Muslim Uighur dan majoriti Han China
telah menyebabkan berlaku banyak kekerasan. Pemerintah China hanya menyalahkan
serangkaian serangan kekerasan kepada pejuang Islam. Pemerintah China turut
mendakwa, Muslim Uighur ingin mendirikan sebuah Negara Merdeka di Xinjiang yang
disebut sebagai Turkestan Timur. Selain itu,Para aktivis dan penganalis berpendapat
kekerasan Pemerintah China dan sekatan kuat terhadap umat Islam Uighur menjadi
punca sebenar kerusuhan yang berlaku di Wilayah tersebut.
Pelbagai sumber
0 comments:
Post a Comment