Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Demo menuntut kenaikan harga getah

Beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka

Jalinan kerjasama Negeri Selangor dan Kelantan membangunkan negeri

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor

Ulama Syiah digesa hentikan amalan nikah mut'ah

Dr Hussein Abdullah al-Jabiry, Ketua Institute Penangan Penyakit Menular di kota Najaf, utara Baghdad, menegaskan bahwa rata-rata penderita penyakit AIDS di kota Najaf terdiri dari pemeluk syiah

Menjejaki kehidupan suku Kajang di Kepulauan Sulawesi

Diluar keyakinan adat yang hingga saat ini masih terus dipelihara, suku Kajang pun memiliki peradaban kuno yang mengagumkan. Adalah makam dengan nisan batu berukuran besar merupakan bukti kuno peninggalan sejarah yang kuat

Sponsor

Saturday, September 13, 2014

Pengkalan Tentera Amerika Di Sabah..?..Kerajaan Patut Beri Penjelasan Segera..

Kerajaan perlu memberi penjelasan sama ada Malaysia membayar bantuan misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines, MH370 dengan membenarkan tentera Amerika Syarikat (AS) menggunakan kemudahan ketenteraan di Sabah.
Ia berikutan dakwaan US Chief of Naval Operations (CNO) Laksamana Jonathan W Greenert dalam majalah Sea Power Magazine baru-baru ini, bahawa Malaysia menawarkan kemudahan pangkalan tentera laut di Sabah.
Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Roslee Mohd Sharif berkata, portal berita tempatan pula menyatakan pangkalan tentera laut Sepanggar akan menempatkan pesawat rondaan maritim milik Tentera Laut AS iaitu P-8A Poseidon.
“SAMM dengan ini mendesak Perdana Menteri untuk memberi penjelasan penuh berhubung pengakuan CNO AS ini.
“Adakah benar Malaysia bersedia membenarkan aset ketenteraan AS diletakkan di pangkalan tentera kita?” kata Roslee pada kenyataan medianya di sini, hari ini.
Katanya, Greenert dalam majalah itu juga dilapor berkata Kerajaan Malaysia menghargai usaha dan respon AS dalam misi Mencari dan Menyelamat MH370.
Roslee berkata, kenyataan ini bukan dibuat pegawai biasa Tentera AS sebaliknya Pegawai Tentera Kanan yang juga Laksamana 4 Bintang di Jabatan Tentera Laut.
Katanya, CNO juga merupakan Penasihat Tentera Laut Utama kepada Presiden Amerika Syarikat sekaligus membuktikan kenyataan yang dikeluarkan beliau tidak boleh dipandang ringan.

Kata beliau, SAMM melihat isu itu berkait rapat dengan isu kedaulatan negara berikutan negara itu berpeluang melakukan intipan terhadap kepentingan keselamatan dan kedaulatan Malaysia.-SK/13 September 2014

Wednesday, September 10, 2014

Duhai Wanita, Kenapa Begini Jadinya..?..



Aduhai Wanita, Kenapa membiarkan dirimu menjadi fitnah orang..?..Allah menciptakan mu dengan sebaik-baik kejadian. Paling cantik dipandang mata, sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik setiap pandangan mata disekeliling mu.

Perhatikanlah sekarang ini, ramai wanita memilih untuk bertudung. Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedap dipandang mata, semakin bertudung semakin tertonjol pula bahagian-bahagian yang ‘mencuri’ pandangan mata.Mungkin inilah yang dikatakan akhir zaman. Berpakaian tetapi hakikatnya ‘bertelanjang’. Berfesyen-fesyen sehinggakan tidak berfikir langsung tentang aurat wanita. Ya Allah, bukakanlah pintu hati, jangan pakai yang ketat-ketat sehingga nampak bentuk badan yang tidak sepatutnya dipertontonkan orang...Ampun...!.

Perhatikanlah Wanita-wanita disekeliling kita...Kenapa begini jadinya..?

Bertudung, tapi terlalu simple. Ujung jalurnya diikat ke belakang, ada yang nampak terbelit leher. Bahagian dada tidak bertutup maka tertonjollah bentuk dada..apa daaa...

Bertudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula..!.. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya menampakkan lengan yang ‘suci gebu’ itu. Lebih dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans ketat. Jadi apabila membongkok atau duduk,..hurmmm..?.. nampak pakaian dalam malah kadang-kadang ‘terdedah’ apa yang sepatutnya tersembunyi...faham-faham je lah..!..

Bertudung, tapi pakai jeans tu ketat sangat. Maka lurah pinggul pun nampak terbelah dua. Bentuknya pun terbayangkan. Apa mau jadinya ini ? Adesss...

Bertudung, tapi pakai kebaya terlalu ketat. Bahagian pinggang ramping, dada pula kembang.Tidak cukup dengan itu  ‘kainnya pun dibelah’ pula. Apabila berjalan, terlihatlah betis malah kadang-kadang paha pun tersingkap.

Bertudung, tapi pakai kain mini, aduhai.!. kaki pun aurat juga. Pakai pula stoking.!.

Bertudung, tapi bermake-up tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala (lebih merah dari buah saga) jalan-jalan sambil goyang pinggul. Seksi lagi...arghhh..!

Bertudung,tapi ‘berkepit’ pula dengan teman lelaki.

Bertudung, pakai pula kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah.. tang, tang, tang.

Semakin hari semakin berat tanggungjawab untuk mendidik. Wahai kaum Adam, tolonglah hargailah wanita yang sentiasa berada disekeliling kita. Bimbing lah mereka kerana kaum Adam juga akan ditanya di akhirat kelak. Tegurlah dengan cara yang paling baik dan hikmah. Biar tepat dengan caranya. Didiklah Wanita menjadi insan solehah kerana wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki..Lindungi lah mereka dari fitnah dunia...
Selamatkah kita...Wallahua’lam

Tuesday, September 9, 2014

Setelah Dua Penggal, Kerusi Pengkalan Kubur Dikembalikan Semula Kepada PAS...


KOTA BHARU: Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata penyerahan semula Dun N1 Pengkalan Kubor oleh PKR kepada PAS petanda kekuatan baru Pakatan Rakyat akan bermula.

Penyerahan semula Dun berkenaan kepada PAS setelah dua penggal diberikan kepada calon PKR ujarnya, telah membangkitkan semula semangat juang PAS untuk memperkukuh Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan turut mengucapkan terima kasih kepada PKR di atas laluan yang diberikan kepada PAS.

Katanya, dengan perpaduan yang dicapai bersama melalui PRK Pengkalan Kubor, Dun ini akan dapat diambil semula. “Ucapan penghargaan dari kami PAS Kelantan dan terima kasih di atas laluan itu,”ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini memaklumkan parti itu memutuskan memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di Pengkalan Kubor pada PRK 25 September ini. Menurutnya, ia sebagai mengambil kira perlunya parti-parti Pakatan Rakyat bertolak ansur, memahami dan berjiwa besar demi kesepakatan menentang Umno BN.-HD/9 sept 2014

Tuesday, September 2, 2014

[Gambar] – Penemuan Enam ‘Perkuburan Besar’ Rakyat Palestin Menggemparkan....

Penemuan enam kubur berdekatan Ibukota Israel, Tel Aviv cukup menggemparkan aktivis kemanusiaan Palestin dan dunia. Dari kenyataan seorang saksi, perkuburan besar ini disyaki menempatkan rakyat Palestin yang dibunuh oleh Israel ketika operasi ketenteraan dan penghapusan etnik dalam perang tahun 1948 di Kota Jaffa.

Kota Jaffa sebelum tahun 1948 dihuni oleh rakyat Palestin sehinggalah pada akhir tahun 1948, Rakyat Palestin telah diusir dari daerah tersebut setelah Yahudi mengistiharkan berdirinya Negara Israel.-EM

http://penburukonline.blogspot.my/