Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Demo menuntut kenaikan harga getah

Beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka

Jalinan kerjasama Negeri Selangor dan Kelantan membangunkan negeri

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor

Ulama Syiah digesa hentikan amalan nikah mut'ah

Dr Hussein Abdullah al-Jabiry, Ketua Institute Penangan Penyakit Menular di kota Najaf, utara Baghdad, menegaskan bahwa rata-rata penderita penyakit AIDS di kota Najaf terdiri dari pemeluk syiah

Menjejaki kehidupan suku Kajang di Kepulauan Sulawesi

Diluar keyakinan adat yang hingga saat ini masih terus dipelihara, suku Kajang pun memiliki peradaban kuno yang mengagumkan. Adalah makam dengan nisan batu berukuran besar merupakan bukti kuno peninggalan sejarah yang kuat

Sponsor

Monday, May 11, 2015

Bila Masa Najib Sokong Mahathir..? Bohong Lah..!..

SHAH ALAM - Seorang bekas pegawai tinggi Umno mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya di Tawau, Sabah semalam berhubung sokongannya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad adalah bohong.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menerusi blognya, zamkata.blogspot.com menulis, selepas kenyataan Najib mengenai sokongannya yang tidak berbelah bahagi terhadap Dr Mahathir ketika era pentadbirannya, beliau menerima mesej daripada bekas pegawai tinggi Umno itu."Dia bohong sokong Dr Mahathir  1987.  Dia mula sokong TR (Tengku Razaleigh) saya masih ingat lagi. Masa itu dia timbalan , AI (Anwar Ibrahim). AI yang tekan dia sokong Dr M, banyak saksi yang masih hidup.  'He is really desperate' (dia benar-benar terdesak). Dr M menang dengan 44 undi . ‘He didn't campaign at all. He is playing safe’ (dia tak berkempen langsung,  dia main selamat) ,” tulisnya memetik kata-kata bekas pegawai berkenaan.

Terdahulu Najib dalam ucapannya berkata, beliau antara yang menyokong pentadbiran Dr Mahathir pada pemilihan Umno 1987, di mana ketika itu wujudnya Team A dan Team B, yang mana waktu itu Dr Mahathir hampir gagal mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri berpunca daripada hampir 50 peratus ahli Umno mendesak beliau meletak jawatan."Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri."Jadi, janganlah lupa, waktu dia jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakkan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB))," Najib dipetik sebagai berkata.

Mengulas lanjut, Zainuddin dalam blognya berkata, transformasi yang dibawa Najib lebih banyak  membawa kepada terhakisnya keyakinan rakyat dari menambah  keyakinan. “Daripada  penghapusan ISA, ancaman pembatalan Akta Hasutan, keadaan PLKN yang terumbang ambing,ketidak berkesanan majli perudingan, krisis 1MDB, GST dan terakhir sekali penjualan semula tanah Tabung Haji yang dibeli dari 1MDB.

“Terbukti bila beliau membanggakan keuntungan berjuta dari jualan semula itu tidak dikongsi perasaannya oleh pencarum kerana pencarum bukan mencari keuntungan dari TH.“Mereka menanam saham untuk akhirat bukan untuk keuntungan berjuta di dunia.Najib ingat dengan pengumuman itu akan membanggakan hati rakyat sebaliknya menambah kemarahan dan kelukasaan perasaan mereka. Najib berbangga kerana memakai kacamata duitan tetapi rakyat memakai kacamata ketuhanan,” tulisnya lagi. -SH/11 Mei 2015

Sunday, May 10, 2015

‘Biar Berdentum Guruh Di Langit’..!.., Letak Jawatan..?. Tidak Sama Sekali..!

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.Beliau berkata selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai perdana menteri dan anggota Umno terus teguh menyokongnya sebagai presiden parti maka beliau akan tidak akan berganjak daripada jawatan yang disandangnya sekarang.
"Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Perbandaran Tawau di Tawau hari ini.

Penegasan Najib itu yang dinyatakan dengan suara lantang mendapat tepukan dan sorakan daripada hadirin yang membanjiri Padang Perbandaran Tawau sehingga melimpah ke kawasan jalan raya, disertai paluan gendang.
Beliau menegaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno diperolehinya secara proses demokrasi dan ditentukan oleh rakyat dan anggota Umno dari seluruh negara iaitu dari Padang Besar di Perlis hingga ke Pulau Sebatik, di Tawau Sabah.
Ini merupakan kali pertama Najib menjawab secara terbuka dan lantang desakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.Najib yang ingin mendengar sendiri suara sokongan hadirin dengan melaungkan "rakyat Sabah sokong" sebanyak tiga kali telah disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, "Najib, Najib, Najib".               
Menegaskan pendirian kukuhnya, Perdana Menteri sempat membacakan falsafah Bugis yang berbunyi 'Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan'.

Najib berkata beliau mendapat mendengar sokongan padu dan gemuruh daripada hadiri pada majlis di Tawau dan juga di Kota Belud ketika menghadiri program perasmian Projek Perumahan Rakyat di daerah berkenaan awal hari ini serta suara rakyat yang telah memberi mandat kepadanya untuk memerintah negara."Takkan satu suara (Dr Mahathir) lebih besar daripada suara yang didengari daripada para hadirin di sini dan di Kota Belud dan mandat diterima daripada seluruh negara," katanya.
Katanya setiap pemimpin termasuk beliau pernah menempuh ujian dan tidak terkecuali Dr Mahathir yang menghadapi lebih banyak ujian ketika menerajui pucuk pimpinan negara selama 22 tahun."Mana tak ada ujian. Ujian Team A, Team B (dalam pemilihan UMNO, Dr Mahathir) hampir kalah. Hampir 50 peratus ahli UMNO suruh dia letak jawatan. Tapi apa dia jawab, 'walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi Perdana Menteri'. Oh hebat dia jawab."1987, saya antara yang menyokong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi Perdana Menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah. Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri", yang sekali lagi mendapat sorakan hadirin."Jadi, janganlah lupa, waktu dia (Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya.

Najib berkata kenyataan Dr Mahathir berhubung 1MDB kebelakangan ini berbelit-belit, sekejap kata 1MDB hilang RM42 bilion selepas itu kata pula tak hilang tetapi 1MDB berhutang RM42 bilion.Beliau menegaskan kerajaan ada cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB jika diberi tempoh.

Perdana Menteri menjelaskan ketika Tabung Haji membeli sekeping tanah milik 1MDB ia adalah pelaburan dan bukannya 'bailout' 1MDB kerana Tabung Haji boleh memperoleh keuntungan sehingga lebih RM170 juta melalui pembelian itu namun disebabkan
perkara itu dijadikan isu, beliau menasihatkan Tabung Haji menjual tanah berkenaan.

Najib berkata melalui penjualan semula aset berkenaan, Tabung Haji boleh untung sehingga RM5 hingga RM6 juta namun pada masa sama merugikan pendeposit Tabung Haji sendiri kerana jika aset itu tetap milik Tabung Haji, pendeposit boleh untung sehingga RM170 juta."Tetapi kerana isu sudah dipusing sebagai isu yang panas, orang kata 'you are shooting yourself at your foot', tembak kaki sendiri. Inilah yang saya kata tidak rasional.
"Kita buat sesuatu untuk apa? Untuk kebaikan rakyat. Bagilah peluang. Setiap perkara boleh kita selesaikan. Tetapi beri peluang kepada pemimpin untuk menyelesaikan perkara itu," katanya.

Perdana Menteri berkata selepas menyaksikan sokongan padu diberikan rakyat kepadanya seperti yang dapat dilihat pada perhimpunan hari ini, beliau berazam untuk meneruskan perjuangan malah semangatnya kian berkobar.
Turut hadir pada program itu ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, dua Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh.-Bernama/MK 10 Mei 2015

Wednesday, May 6, 2015

PRK Rompin – BN Menang Dengan Majoriti Merosot, ‘Maruah’ UMNO Tercalar..?

BN perlu menangani isu-isu berbangkit khususnya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya kecil Rompin kerana dilihat bakal memberi kesan jangka panjang kepada parti, menurut penganalisis politik.
Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata keputusan PRK kali ini merupakan isyarat jelas daripada rakyat kepada kerajaan supaya melihat kembali beberapa isu termasuk pelaksanaan GST.

"Penurunan majoriti undi hampir 40 peratus perlu dilihat sebagai isyarat daripada rakyat untuk kerajaan melihat kembali beberapa isu secara lebih teliti sebelum PRU ke-14 supaya dapat dicari penawar untuk tidak berulang," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata: "Isu yang mendatangkan impak paling besar ialah GST yang sebenarnya mendatangkan kebaikan kepada negara namun berjaya diputar belitkan oleh pembangkang kerana isu ini dekat di hati rakyat."
Sehubungan itu, katanya, perkara berkenaan perlu diteliti oleh kerajaan untuk memastikan pelaksanaannya lebih teratur dan sistematik selain memastikan agensi-agensi yang berkaitan menjalankan penguatkuasaan untuk mengurangkan rasa curiga dalam hati rakyat.
Isu GST sehingga kini masih menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat terutama yang berpendapatan rendah walaupun penerangan telah dilakukan sehingga ke peringkat akar umbi.Namun tenyata rakyat masih belum dapat menerima pelaksanaannya yang telah menyebabkan berlaku kenaikan harga barangan disebabkan sikap tidak bertanggungjawab peniaga.Beliau juga berkata kekalahan di beberapa saluran peti undi di kawasan  Felda juga memerlukan BN melihat kembali strategi memikat hati pengundi dengan tidak lagi menawarkan kemudahan dari segi fizikal, tetapi merubah kepada strategi menawan rohani.Walaupun beberapa hari sebelum PRK, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan penurunan harga rumah projek perumahan generasi kedua Felda daripada RM125,000 kepada RM90,000, namun ia tidak cukup membantu melonjakkan undi.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata faktor calon yang telah dikenali penduduk turut banyak membantu kemenangan BN, namun kekurangan jumlah majoriti jelas menunjukkan ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan."Sedangkan tidak ada perubahan kepada sokongan terhadap PAS dengan jumlah undi tidak jauh berbeza dengan hanya berkurang 25 undi berbanding keputusan pada PRU-13," katanya.

Beliau berkata sokongan pengundi muda khususnya di Felda juga perlukan jalan penyelesaian bagi memastikan golongan itu tidak terpengaruh dengan pelbagai bentuk maklumat negatif sehingga menjauhkan diri daripada BN.

Pada PRK kali ini, BN tewas di lima daripada 38 pusat daerah mengundi selain beberapa saluran peti undi di tanah rancangan Felda Keratong 2, 4 dan 5, antaranya dikatakan ekoran isu Felda Global Ventures (FGV) Berhad selain program perumahan untuk generasi kedua Felda.

Walaupun kemenangan calon BN Datuk Hasan Arifin pada PRK Rompin sudah diduga banyak pihak, ia tetap tercalar dengan jumlah majoriti undi yang berkurangan hampir sekali ganda, sekaligus jauh tersasar daripada harapan pucuk pimpinan BN.Hasan, anak kelahiran Kampung Ayau, Leban Chondong menewaskan calon PAS Nazri Ahmad dengan undi majoriti sebanyak 8,895 undi setelah mendapat 23,796 undi atau 61 peratus berbanding Nazri yang mendapat 14,901 undi atau 39 peratus.

Jauh bezanya berbanding majoriti yang diperoleh bekas penyandang kerusi itu Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis sebanyak 15,114 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13.-Bernama/MK- 6 Jun 2015

Sunday, May 3, 2015

Peluang Anwar Ibrahim Sebagai Pemimpin Utama Negara Masih Ada..?

PERMATANG PAUH - Nasib bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berakhir seperti Nelson Mandela yang diangkat menjadi Presiden Afrika Selatan selepas dipenjarakan 27 tahun.Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Madya Dr Shahruddin Badaruddin berkata, keadaan itu boleh terjadi jika berlaku perubahan kepada kepimpinan utama negara.
"Banyak perkara (kemungkinan) boleh berlaku dalam batas politik negara, kita tak boleh mengatakan bila Anwar dipenjarakan, masa depan politik akan berakhir. "Sebaliknya nasib Anwar boleh jadi seperti Nelson Mandela, pada umurnya 70-an, keluar (penjara) jadi presiden," katanya kepada pemberita selepas Forum Anak Muda, anjuran March 2 Freedom dan Anwar Ibrahim Club (AIC), di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau optimis Anwar akan dibebaskan lebih awal sama ada menerusi proses perundangan biasa ataupun faktor perubahan politik negara."Kita tahu Anwar kena penjara lima tahun, dan mungkin tiga setengah tahun jika berkelakuan baik atau proses biasa seperti pengampunan atau mungkin berlaku pertukaran kepimpinan dalam konteks negara."Sudah pasti landskap politik yang berubah itu akan menyebabkan kedudukan Anwar dalam penjara juga berubah," ujarnya.
Ditanya tentang keupayaan Anwar untuk mengambil alih pentadbiran disebabkan faktor umur, beliau berkata perkara bukan halangan kerana bekas ahli Parlimen didakwa masih menyegat dalam politik negara."Bagi saya dia (Anwar) masih menyengat dan dia akan menyengat dalam 15 tahun akan datang ini, kalau kita tengok DNA adik-beradik dan ayahnya sendiri, umur mereka panjang-panjang."Macam Tun Dr Mahathir sendiri, walaupun umur 90 tahun, bayangkan perkara sama dimiliki Anwar dari segi pemikiran, kesihatan dan umurnya mencecah 67 tahun, dia masih ada 22 tahun lagi untuk beliau berkecimpung dalam arena politik Malaysia," katanya lagi.-SH/3 Mei 2015

http://penburukonline.blogspot.my/