Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Demo menuntut kenaikan harga getah

Beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka

Jalinan kerjasama Negeri Selangor dan Kelantan membangunkan negeri

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor

Ulama Syiah digesa hentikan amalan nikah mut'ah

Dr Hussein Abdullah al-Jabiry, Ketua Institute Penangan Penyakit Menular di kota Najaf, utara Baghdad, menegaskan bahwa rata-rata penderita penyakit AIDS di kota Najaf terdiri dari pemeluk syiah

Menjejaki kehidupan suku Kajang di Kepulauan Sulawesi

Diluar keyakinan adat yang hingga saat ini masih terus dipelihara, suku Kajang pun memiliki peradaban kuno yang mengagumkan. Adalah makam dengan nisan batu berukuran besar merupakan bukti kuno peninggalan sejarah yang kuat

Sponsor

Tuesday, May 19, 2015

Cerita Seorang Muslim Rohingya,.. ‘Kami Diburu Umpama Binatang,Rumah Di Bakar Dan Wanita Kami Di Perkosa Oleh Ekstremis Budha’..

Ribuan warga muslim Rohingnya mengaku mendapat perlakuan keji dari berbagai kelompok di negaranya Myanmar. Pembakaran rumah, pemerkosaan hingga pembunuhan dialami umat Islam di negaranya. Kejadian tersebut memaksa mereka keluar dari negaranya untuk menyelamatkan diri.
“Di sana (Myanmar), kami diburu seperti binatang. Wanita kami diperkosa. Rumah kami dibakar,” kata seorang Muslim Rohingnya, Hasyim (39) di Medan, Isnin-18/5/2015). Katanya, Kemuncak kepada kekejaman terhadap umat Islam Rohingya bermula tahun 2012. Pemerintah mula bertindak ganas memburu umat islam disana. Kerana itu, umat Islam yang masih menetap disana terpaksa memilih untuk melarikan diri dari negaranya bagi menyelamatkan hidupnya dari dibunuh. Mereka bimbang akan menjadi korban pembunuhan jika masih berada di Myanmar.
Hasyim sendiri mengakui kesukaran yang amat sangat sebelum tiba di Indonesia. Katanya, selama dua bulan mereka terumbang ambing di tengah lautan. Beliau bersama puluhan umat Islam lainnya datang ke Indonesia hanya dengan menggunakan kapal kayu tanpa peralatan lengkap. Selama dalam perjalanan dia dan warga lainnya mengakui mengalami berbagai cubaan. Kelaparan dan ancaman pembunuhan pernah dialaminya selama dua bulan tengah lautan. “Kami pernah terlantar di tengah laut tanpa arah sehingga terdampar di perairan Filipina,” katanya...
Di perairan Filipina, mereka juga mendapat layanan buruk dari pihak keselamatan Filipina. Mereka ditahan selama seminggu tanpa dibenarkan turun dari kapal. Lebih parah lagi bila injin kapal milik mereka dirampas.
Ceritanya,..“Setelah itu kapal kami ditarik dengan tali dan akan dihantar ke Malaysia.Tapi ternyata bila tiba ditengah laut, tali kapal sengaja diputuskan”.Setelah itu, mereka hanya mampu menggunakan kain yang dibentangkan sebagai layar kapal. Dengan keadaan yang begitu dasyat, Hasyim hanya mampu ‘pasrah’dengan apapun keadaan yang bakal menimpa. Setelah berminggu-minggu di laut, mereka ditemukan dengan nelayan asal Aceh. Dua nelayan dengan kapal kecil tersebut memberikan mereka sejumlah makanan dan air yang menjadi bekalnya.“Setelah itu kami jumpa dengan kapal besar yang membawa kami ke perairan Indonesia dan disusuli oleh polis diperairan Aceh”..
Kesempatan itu, Beliau mengucapkan terima kasih kepada pemerintah Indonesia yang telah menerima umat Muslim Rohingya yang terdampar di perairan Indonesia. Apa yang Beliau harapkan, Indonesia dan dunia Antarabangsa segera membantu Muslim Myanmar yang menjadi mangsa kejahatan dan kekejaman ekstremis Budha dan Pemerintah Myanmar sendiri....
Wallahuaklam, pelbagai sumber..

Sunday, May 17, 2015

Hakim-Hakim Mesir Menjadi Sasaran Penembak Selepas Keputusan Hukuman Mati Terhadap Muhamad Mursi..?

Sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali menembak mati tiga hakim Mesir pada Sabtu (16/5/2015) di wilayah Semenanjung Sinai yang bergolak di mana pasukan junta Mesir memerangi pejuang Islam.
Serangan juga telah mencederakan tiga hakim lainnya di ibukota El-Arish dan serangan itu terjadi beberapa jam setelah sebuah pengadilan di Kairo menjatuhkan hukuman mati terhadap presiden sah Mesir, Muhammad Mursi.- berita AFP.
Pihak Polis mengatakan, hakim diserang ketika mereka berkenderaan dari kota Ismailiya menuju El Arish untuk menghadiri sidang pengadilan. Setelah serangan terjadi, pihak kementerian dalam negeri Mesir menempatkan anggota polis di seluruh negeri bagi mengawal keadaan.
Namun,tidak jelas apakah serangan tersebut berkaitan rapat dengan situasi kemarahan terhadap hukuman mati yang dikenakan terhadap Muhammad Mursi dan sehingga kini belum ada mana-mana organisasi mengaku bertanggung jawab atas serangan itu.
Parti pendukung Mursi, Ikhwanul Muslimin telah dilarang oleh penguasa kudeta Mesir dan dilabelkan sebagai sebuah organisasi “pengganas”. Semenjak Mesir di bawah kekuasaan Kudeta pimpinan Fatah As Sisi, ratusan anggota dan para pendukung Ikhwan Muslimin  ditangkap dan dipenjarakan. Semenjak itu juga rakyat Mesir tidak putus-putus bangkit untuk melawan Regim Mesir yang dianggap Zalim dan menindas..
Dari pelbagai sumber..

Saturday, May 16, 2015

Seribu Penghuni Kondominium Minum Air ‘Mayat Busuk’..?

KUALA LUMPUR – Misteri bau busuk air yang digunakan peng­huni sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini sejak Khamis ming­gu lalu akhirnya terjawab selepas pihak berkuasa menjumpai mayat seorang lelaki terapung di dalam tangki simpanan air di salah satu blok perumahan itu pada Selasa lepas.
Mayat lelaki itu ditemui oleh pekerja penyelenggara kondominium berkenaan pada pukul 9.25 malam selepas mereka menerima aduan penghuni berhubung air yang keluar dari paip rumah berbau pelik dan busuk.
Seorang penghuni yang hanya ingin dikenali sebagai Abbas, 23, memberitahu dia terkejut apabila air rumah yang didiaminya selama setahun itu mengeluarkan bau busuk seakan-akan bau air limbah sejak Ahad lepas.
Katanya, bau dan rasa air itu sedikit meloyakan, namun dia dan rakan serumahnya tidak peduli kerana beranggapan mungkin paip rumah mereka berkarat.“Sudah lima hari kami minum dan mandi dengan air tersebut. Hanya kelmarin (Rabu) kami tahu bau pelik dan busuk itu akibat ada mayat dalam tangki berkenaan selepas mendapat notis gangguan air.
“Saya difahamkan pihak pe­ngurusan telah membersihkan tangki itu,” kata pelajar Universiti Help itu ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.Difahamkan, blok kondo­minium itu didiami hampir 1,000 penghuni.-Kosmo

Kata-Kata Saidina Ali Di Hari Terakhir Kematian Khalifah Abu Bakar...

HUBUNGAN antara Khalifah Abu Bakar dan Ali bin Abi Talib sememangnya sangat erat. Dikatakan bahawa Saidina Ali sangat memuji Khalifah Abu Bakar ketika perginya Beliau menghadap penciptanya. Antara yang dicatatkan oleh Dr. ‘Aidh Al-Qarni dan Dr. Muhammad Al-Hasyimi Al-Hamdi tentang kata-kata Saidina Ali bin Abi Talib ra. dalam terjemahannya antara berikut :
“Allah merahmatimu wahai Abu Bakar. Engkau adalah orang pertama yang memeluk Islam. Orang yang paling ikhlas dalam beriman. Orang yang paling kuat keyakinan. Orang berada yang paling mulia dan orang yang paling melindungi Rasul Allah. Orang yang dekat dengan Rasulullah akhlaknya, kemuliaannya, petunjuknya dan karektornya. Semoga Allah memberi kepada mu pahala kebaikan atas Islam, Rasulullah dan kaum muslimin. Engkau membenarkan Rasul Allah ketika ramai orang yang mengingkari. Engkau mendermakan seluruh hartamu ketika orang-orang lain kikir. Engkau berdiri bersamanya ketika orang-orang lain diam. Allah menamakanmu Siddiq (yaitu yang datang dgn membawa kebenaran dan dia membenarkan. Mereka adalah orang-orang yang muttaqun). Orang-orang menginginkan Muhammad dan Muhammad menginginkanmu. Demi Allah engkau adalah benteng Islam dan siksaan bagi kaum kafir. Hujahmu tidak menurun dan nalarmu tidak melemah. Dirimu tidak pernah takut. Engkau bagaikan gunung yang tidak goyah oleh hembusan badai. Engkau seperti halnya sabda Rasullullah SAW : “ Badanmu lemah namun kukuh dalam perintah Allah. Engkau adalah orang yang rendah hati namun mulia dihadapan Allah. Mulia di muka bumi dan besar dihadapan kaum muslimin. Tidak seorang pun di hadapan mu berambisi dan tidak seorangpun meremehkan. Orang yang kuat dihadapanmu lemah sehingga engkau mengembalikan hak orang lain dari padanya. Orang yang lemah di hadapanmu kuat sehingga engkau mengembalikan haknya. Semoga Allah tidak menjauhkan pahalamu atas kami dan tidak pula Allah menyesatkan kami setelah kepergianmu ”...
Amin Ya Allah. Semoga Allah memberkati dan meredhai Amirul Mukminin, Ali bin Abi Talib r.a. serta Amirul Mukminin, Abu Bakar Siddiq  ra.
(Dipetik dari buku ‘Mawaddah Ahli Al-Sunnah’ oleh Dr. ‘Aidh Al-Qarni dan Dr. Muhammad Al-Hasyimi Al-Hamdi)./ Ruj Hidayatullah.com  

Thursday, May 14, 2015

Ustaz Ahmad Awang Terima Pencalonan Jawatan Presiden PAS Atas Dorongan Sahabat Dan Tidak Mahu Kecewakan Kawan-Kawan..?

Bekas naib presiden Pas, Ahmad Awang mengesahkan bahawa beliau akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi merebut jawatan Presiden Pas pada pemilihan parti itu, bulan depan.Beliau yang hadir sendiri menyerahkan borang penerimaan pencalonan jawatan itu kira-kira jam 10.50 pagi tadi itu bagaimanapun berkata, soal kalah atau menang itu terletak di tangan perwakilan.

"Saya menerima pencalonan untuk jawatan presiden sahaja daripada beberapa jawatan lain termasuk pemeriksa kira-kira.
"Saya menyahut panggilan ini selepas berfikir panjang dan sahabat yang mendorong saya menerima jawatan ini, maka saya tidak mahu mengecewakan mereka,"
katanya kepada pemberita di pekarangan Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Ahmad melayakkan diri untuk bertanding jawatan Presiden Pas selepas dicalonkan oleh Pas Kawasan Bukit Gelugur. Beliau juga disahkan mengalahkan Abdul Hadi dalam pemilihan kawasan Jelebu, Negeri Sembilan. Ahmad mendapat 41 undi, Abdul Hadi 16 undi, manakala Pas kawasan itu sebulat suara mencalonkan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas.

Pada 21 Mac lalu, Ahmad yang juga bekas pesuruhjaya Pas Perak telah mendapat pencalonan pertama sebagai Presiden Pas dari kawasan Parit Sulung, Johor. Dalam Perlembagaan Pas, untuk bertanding jawatan presiden, seseorang hanya memerlukan pencalonan minimum dua kawasan.Jawatan Presiden Pas tidak pernah dipertandingkan sejak parti itu ditubuhkan pada 1951 dan ini merupakan kali pertama ia dicabar secara demokrasi.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan tidak timbul isu perebutan jawatan itu antara sesama ahli parti itu kerana ia adalah hak demokrasi dalam Pas."Walaupun ini kali pertama (pertandingan) sejak zaman Presiden Pas, Dr Burhanuddin Helmi dicabar oleh Prof Zulkifli Mohamad tapi tiada masalah."Ini hak demokrasi yang calonkan dan mencalonkan, tidak timbul pertandingan antara satu dengan lain dalam parti politik "Ini juga adalah dengan semangat ukhuwah seperti antara Burhanuddin Helmi dan Zulkifli Mohamad tidak pernah timbul (pergeseran) di antara penyokong kedua-dua pihak," ujarnya.
Dalam pada itu, Ahmad juga berkata, keputusan itu dibuat untuk mengukuhkan kerjasama politik Pas dengan PR yang seringkali dilihat berbalah antara satu sama lain. "Saya berusaha menyatukan Pas semula dengan semangat persaudaraan, mengukuhkan parti sebagai tunjang dalam PR.
"Saya lihat perlu diperbaiki lagi, lebih-lebih lagi dalam usaha menuju Putrajaya, semangat demokrasi dan menjelang PRU14," katanya lagi.-SH/14 Mei 2015

Datuk Ahmad Yakob - Kewibawaan Tuan Guru Hadi Awang Sukar Di Tandingi..
KOTA BHARU - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob hari ini beranggapan bekas Naib Presiden Pas, Ahmad Awang menghadapi kesukaran untuk menang bagi merebut jawatan Presiden parti pada pemilihan Jun nanti. Ahmad berkata, hal ini kerana kewibawaan yang ada pada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sukar untuk ditandingi dengan mana-mana calon lain sehingga kini."Bertanding boleh tapi nak menang tu susah saya rasa," katanya kepada media, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pengesahan Ahmad Awang yang akan mencabar jawatan presiden pada muktamar nanti. Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan menyifatkan perkara tersebut sebagai satu sejarah dalam politik Pas.
Dalam masa yang sama beliau mengulangi pendiriannya bahawa sehingga kini tidak ada sebab untuk menukar presiden parti. "Setakat ini (Abdul Hadi) sesuai dengan dasar parti dan apa yang Pas miliki adalah lebih tepat apa yang ada pada presiden," katanya.
SH

Monday, May 11, 2015

Bila Masa Najib Sokong Mahathir..? Bohong Lah..!..

SHAH ALAM - Seorang bekas pegawai tinggi Umno mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya di Tawau, Sabah semalam berhubung sokongannya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad adalah bohong.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menerusi blognya, zamkata.blogspot.com menulis, selepas kenyataan Najib mengenai sokongannya yang tidak berbelah bahagi terhadap Dr Mahathir ketika era pentadbirannya, beliau menerima mesej daripada bekas pegawai tinggi Umno itu."Dia bohong sokong Dr Mahathir  1987.  Dia mula sokong TR (Tengku Razaleigh) saya masih ingat lagi. Masa itu dia timbalan , AI (Anwar Ibrahim). AI yang tekan dia sokong Dr M, banyak saksi yang masih hidup.  'He is really desperate' (dia benar-benar terdesak). Dr M menang dengan 44 undi . ‘He didn't campaign at all. He is playing safe’ (dia tak berkempen langsung,  dia main selamat) ,” tulisnya memetik kata-kata bekas pegawai berkenaan.

Terdahulu Najib dalam ucapannya berkata, beliau antara yang menyokong pentadbiran Dr Mahathir pada pemilihan Umno 1987, di mana ketika itu wujudnya Team A dan Team B, yang mana waktu itu Dr Mahathir hampir gagal mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri berpunca daripada hampir 50 peratus ahli Umno mendesak beliau meletak jawatan."Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri."Jadi, janganlah lupa, waktu dia jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakkan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB))," Najib dipetik sebagai berkata.

Mengulas lanjut, Zainuddin dalam blognya berkata, transformasi yang dibawa Najib lebih banyak  membawa kepada terhakisnya keyakinan rakyat dari menambah  keyakinan. “Daripada  penghapusan ISA, ancaman pembatalan Akta Hasutan, keadaan PLKN yang terumbang ambing,ketidak berkesanan majli perudingan, krisis 1MDB, GST dan terakhir sekali penjualan semula tanah Tabung Haji yang dibeli dari 1MDB.

“Terbukti bila beliau membanggakan keuntungan berjuta dari jualan semula itu tidak dikongsi perasaannya oleh pencarum kerana pencarum bukan mencari keuntungan dari TH.“Mereka menanam saham untuk akhirat bukan untuk keuntungan berjuta di dunia.Najib ingat dengan pengumuman itu akan membanggakan hati rakyat sebaliknya menambah kemarahan dan kelukasaan perasaan mereka. Najib berbangga kerana memakai kacamata duitan tetapi rakyat memakai kacamata ketuhanan,” tulisnya lagi. -SH/11 Mei 2015

Sunday, May 10, 2015

‘Biar Berdentum Guruh Di Langit’..!.., Letak Jawatan..?. Tidak Sama Sekali..!

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.Beliau berkata selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai perdana menteri dan anggota Umno terus teguh menyokongnya sebagai presiden parti maka beliau akan tidak akan berganjak daripada jawatan yang disandangnya sekarang.
"Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Perbandaran Tawau di Tawau hari ini.

Penegasan Najib itu yang dinyatakan dengan suara lantang mendapat tepukan dan sorakan daripada hadirin yang membanjiri Padang Perbandaran Tawau sehingga melimpah ke kawasan jalan raya, disertai paluan gendang.
Beliau menegaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno diperolehinya secara proses demokrasi dan ditentukan oleh rakyat dan anggota Umno dari seluruh negara iaitu dari Padang Besar di Perlis hingga ke Pulau Sebatik, di Tawau Sabah.
Ini merupakan kali pertama Najib menjawab secara terbuka dan lantang desakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.Najib yang ingin mendengar sendiri suara sokongan hadirin dengan melaungkan "rakyat Sabah sokong" sebanyak tiga kali telah disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, "Najib, Najib, Najib".               
Menegaskan pendirian kukuhnya, Perdana Menteri sempat membacakan falsafah Bugis yang berbunyi 'Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan'.

Najib berkata beliau mendapat mendengar sokongan padu dan gemuruh daripada hadiri pada majlis di Tawau dan juga di Kota Belud ketika menghadiri program perasmian Projek Perumahan Rakyat di daerah berkenaan awal hari ini serta suara rakyat yang telah memberi mandat kepadanya untuk memerintah negara."Takkan satu suara (Dr Mahathir) lebih besar daripada suara yang didengari daripada para hadirin di sini dan di Kota Belud dan mandat diterima daripada seluruh negara," katanya.
Katanya setiap pemimpin termasuk beliau pernah menempuh ujian dan tidak terkecuali Dr Mahathir yang menghadapi lebih banyak ujian ketika menerajui pucuk pimpinan negara selama 22 tahun."Mana tak ada ujian. Ujian Team A, Team B (dalam pemilihan UMNO, Dr Mahathir) hampir kalah. Hampir 50 peratus ahli UMNO suruh dia letak jawatan. Tapi apa dia jawab, 'walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi Perdana Menteri'. Oh hebat dia jawab."1987, saya antara yang menyokong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi Perdana Menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah. Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri", yang sekali lagi mendapat sorakan hadirin."Jadi, janganlah lupa, waktu dia (Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya.

Najib berkata kenyataan Dr Mahathir berhubung 1MDB kebelakangan ini berbelit-belit, sekejap kata 1MDB hilang RM42 bilion selepas itu kata pula tak hilang tetapi 1MDB berhutang RM42 bilion.Beliau menegaskan kerajaan ada cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB jika diberi tempoh.

Perdana Menteri menjelaskan ketika Tabung Haji membeli sekeping tanah milik 1MDB ia adalah pelaburan dan bukannya 'bailout' 1MDB kerana Tabung Haji boleh memperoleh keuntungan sehingga lebih RM170 juta melalui pembelian itu namun disebabkan
perkara itu dijadikan isu, beliau menasihatkan Tabung Haji menjual tanah berkenaan.

Najib berkata melalui penjualan semula aset berkenaan, Tabung Haji boleh untung sehingga RM5 hingga RM6 juta namun pada masa sama merugikan pendeposit Tabung Haji sendiri kerana jika aset itu tetap milik Tabung Haji, pendeposit boleh untung sehingga RM170 juta."Tetapi kerana isu sudah dipusing sebagai isu yang panas, orang kata 'you are shooting yourself at your foot', tembak kaki sendiri. Inilah yang saya kata tidak rasional.
"Kita buat sesuatu untuk apa? Untuk kebaikan rakyat. Bagilah peluang. Setiap perkara boleh kita selesaikan. Tetapi beri peluang kepada pemimpin untuk menyelesaikan perkara itu," katanya.

Perdana Menteri berkata selepas menyaksikan sokongan padu diberikan rakyat kepadanya seperti yang dapat dilihat pada perhimpunan hari ini, beliau berazam untuk meneruskan perjuangan malah semangatnya kian berkobar.
Turut hadir pada program itu ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, dua Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh.-Bernama/MK 10 Mei 2015

Wednesday, May 6, 2015

PRK Rompin – BN Menang Dengan Majoriti Merosot, ‘Maruah’ UMNO Tercalar..?

BN perlu menangani isu-isu berbangkit khususnya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya kecil Rompin kerana dilihat bakal memberi kesan jangka panjang kepada parti, menurut penganalisis politik.
Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata keputusan PRK kali ini merupakan isyarat jelas daripada rakyat kepada kerajaan supaya melihat kembali beberapa isu termasuk pelaksanaan GST.

"Penurunan majoriti undi hampir 40 peratus perlu dilihat sebagai isyarat daripada rakyat untuk kerajaan melihat kembali beberapa isu secara lebih teliti sebelum PRU ke-14 supaya dapat dicari penawar untuk tidak berulang," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata: "Isu yang mendatangkan impak paling besar ialah GST yang sebenarnya mendatangkan kebaikan kepada negara namun berjaya diputar belitkan oleh pembangkang kerana isu ini dekat di hati rakyat."
Sehubungan itu, katanya, perkara berkenaan perlu diteliti oleh kerajaan untuk memastikan pelaksanaannya lebih teratur dan sistematik selain memastikan agensi-agensi yang berkaitan menjalankan penguatkuasaan untuk mengurangkan rasa curiga dalam hati rakyat.
Isu GST sehingga kini masih menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat terutama yang berpendapatan rendah walaupun penerangan telah dilakukan sehingga ke peringkat akar umbi.Namun tenyata rakyat masih belum dapat menerima pelaksanaannya yang telah menyebabkan berlaku kenaikan harga barangan disebabkan sikap tidak bertanggungjawab peniaga.Beliau juga berkata kekalahan di beberapa saluran peti undi di kawasan  Felda juga memerlukan BN melihat kembali strategi memikat hati pengundi dengan tidak lagi menawarkan kemudahan dari segi fizikal, tetapi merubah kepada strategi menawan rohani.Walaupun beberapa hari sebelum PRK, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan penurunan harga rumah projek perumahan generasi kedua Felda daripada RM125,000 kepada RM90,000, namun ia tidak cukup membantu melonjakkan undi.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata faktor calon yang telah dikenali penduduk turut banyak membantu kemenangan BN, namun kekurangan jumlah majoriti jelas menunjukkan ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan."Sedangkan tidak ada perubahan kepada sokongan terhadap PAS dengan jumlah undi tidak jauh berbeza dengan hanya berkurang 25 undi berbanding keputusan pada PRU-13," katanya.

Beliau berkata sokongan pengundi muda khususnya di Felda juga perlukan jalan penyelesaian bagi memastikan golongan itu tidak terpengaruh dengan pelbagai bentuk maklumat negatif sehingga menjauhkan diri daripada BN.

Pada PRK kali ini, BN tewas di lima daripada 38 pusat daerah mengundi selain beberapa saluran peti undi di tanah rancangan Felda Keratong 2, 4 dan 5, antaranya dikatakan ekoran isu Felda Global Ventures (FGV) Berhad selain program perumahan untuk generasi kedua Felda.

Walaupun kemenangan calon BN Datuk Hasan Arifin pada PRK Rompin sudah diduga banyak pihak, ia tetap tercalar dengan jumlah majoriti undi yang berkurangan hampir sekali ganda, sekaligus jauh tersasar daripada harapan pucuk pimpinan BN.Hasan, anak kelahiran Kampung Ayau, Leban Chondong menewaskan calon PAS Nazri Ahmad dengan undi majoriti sebanyak 8,895 undi setelah mendapat 23,796 undi atau 61 peratus berbanding Nazri yang mendapat 14,901 undi atau 39 peratus.

Jauh bezanya berbanding majoriti yang diperoleh bekas penyandang kerusi itu Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis sebanyak 15,114 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13.-Bernama/MK- 6 Jun 2015

Sunday, May 3, 2015

Peluang Anwar Ibrahim Sebagai Pemimpin Utama Negara Masih Ada..?

PERMATANG PAUH - Nasib bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berakhir seperti Nelson Mandela yang diangkat menjadi Presiden Afrika Selatan selepas dipenjarakan 27 tahun.Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Madya Dr Shahruddin Badaruddin berkata, keadaan itu boleh terjadi jika berlaku perubahan kepada kepimpinan utama negara.
"Banyak perkara (kemungkinan) boleh berlaku dalam batas politik negara, kita tak boleh mengatakan bila Anwar dipenjarakan, masa depan politik akan berakhir. "Sebaliknya nasib Anwar boleh jadi seperti Nelson Mandela, pada umurnya 70-an, keluar (penjara) jadi presiden," katanya kepada pemberita selepas Forum Anak Muda, anjuran March 2 Freedom dan Anwar Ibrahim Club (AIC), di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau optimis Anwar akan dibebaskan lebih awal sama ada menerusi proses perundangan biasa ataupun faktor perubahan politik negara."Kita tahu Anwar kena penjara lima tahun, dan mungkin tiga setengah tahun jika berkelakuan baik atau proses biasa seperti pengampunan atau mungkin berlaku pertukaran kepimpinan dalam konteks negara."Sudah pasti landskap politik yang berubah itu akan menyebabkan kedudukan Anwar dalam penjara juga berubah," ujarnya.
Ditanya tentang keupayaan Anwar untuk mengambil alih pentadbiran disebabkan faktor umur, beliau berkata perkara bukan halangan kerana bekas ahli Parlimen didakwa masih menyegat dalam politik negara."Bagi saya dia (Anwar) masih menyengat dan dia akan menyengat dalam 15 tahun akan datang ini, kalau kita tengok DNA adik-beradik dan ayahnya sendiri, umur mereka panjang-panjang."Macam Tun Dr Mahathir sendiri, walaupun umur 90 tahun, bayangkan perkara sama dimiliki Anwar dari segi pemikiran, kesihatan dan umurnya mencecah 67 tahun, dia masih ada 22 tahun lagi untuk beliau berkecimpung dalam arena politik Malaysia," katanya lagi.-SH/3 Mei 2015

http://penburukonline.blogspot.my/