Wawancara eksklusif dengan dua orang gadis Yahudi yang baru saja mengikrarkan keslaman mereka di Masjidil Al Aqsa. Kisah ini disiarkan tv Al Jazeera ahad 29 Dis 2013...
Setelah beberapa tahun penghijrahan nya ke Israel, tahun 2008, Aisyah mengunjungi salah seorang temannya didaerah Arab,salah satu tanah Pelastine yang dikuasai Israel, Beliau telah dihadiahkan sebuah buku kecil dalam bahasa Ibrani 'Jalan Menuju Kebahagiaan', buku yang mengisahkan kebenaran ajaran Islam. Namun buku itu tidak dibaca dan hanya disimpan sahaja.
Selang beberapa bulan kemudian, Aisyah jatuh sakit sehingga hampir meragut nyawanya, dimasa itu lah Aisyah cuba meneliti buku tersebut dan ternyata buku tersebut mampu menarik 'keinginan' Aisyah untuk mengenali Islam lebih mendalam, tanpa menghiraukan keadaan dirinya yang dikelilingi Yahudi, beliau terus menghubungi beberapa pendakwah islam di Pelastine yang bergabung dengan Islamic Centre 'Darussalam'. Disini lah Aisyah menumpukan perhatian nya terhadap Islam dan dalam tempoh 6 bulan kemudian, tekad beliau untuk menerima Islam terlaksana di Masjidil Aqsa dengan ikrar keislaman nya..
Ketika diwawancara, "Aisyah tidak mampu menahan airmatanya, tidak mampu mengungkapkan perasaan dalam hatinya, seakan-akan merasa baru saja dicipta untuk sebuah kehidupan yang baru di dunia ini"...
Aisyah menjalani kehidupan bersama keluarganya, walau setelah 6 tahun berlalu namun berita keislaman nya masih menjadi rahsia terutama pada ibunya yang fanatik Yahudi, namun beliau tetap bersolat tepat pada waktunya dan mengambil peluang membaca Qur'an dimalam hari setelah memastikan semua keluarganya tertidur. Walaupun menyembunyikan keislamannya, Aisyah tetap menjaga akhlaknya, menjauhi perkara2 yang diharamkan islam dan kata Aisyah lagi, atas keadaan itulah terkadang menimbulkan kecurigaan dikalangan masyarakat dan teman2 nya...
Semoga Allah melindungi Aisyah dan memperteguhkan iman nya dari ujian2 yang mendatang dengan kekuatan semangat dan kesabaran...amin...
Sumber asal Dakwatuna.com
0 comments:
Post a Comment