Sponsor

Tuesday, December 31, 2013

Apakah Mesir akan menjejaki Suriah selepas ini....??..

Selepas serangan bom kereta yang mengakibatkan kematian lebih 14 orang dan mencederakan ratusan yang lain termasuk beberapa anggota polis Mesir yang turut terbunuh, Kabinet regim Kudeta Mesir segera mengambil langkah 'mengistiharkan Ikhwan Muslimin sebagai kumpulan pengganas' beralaskan kepada pembabitan Ikhwan sebagai bertanggongjawab terhadap letupan yang berlaku. Walaupun kumpulan Anshar Bait al Maqdis mengaku bertanggongjawab atas letupan tersebut, tetapi Ragim Kudeta masih menghalakan tuduhan nya terhadap Ikhwan sebagai pelaku nya dan Ikhwan sendiri melalui pejabatnya yang beroperasi di London menafikan tuduhan tersebut malah mengutuk kejadian itu. 
Jelaslah bahawa Regim Kudeta memang berkomplot secara jahat untuk menghukum Ikhwan Muslimin. September lalu Mahkamah Mesir telah mengarahkan semua Aset milik Ikhwan disita, penjara 5 tahun kepada anggota Ikhwan, penangkapan pemimpin2 Ikhwan dan yang terbaru, mendeklarasikan Ikhwan sebagai Kumpulan Pengganas. 

Apakah Mesir akan menjadi seperti Syria selepas ini...??..
Seluruh Dunia sudah tahu bahawa Ikhwan Muslimin memenangi Pilihanraya di Mesir, Ikhwan sendiri memilih jalan Demokrasi dan memanfaatkan parti politik untuk berpartisasi dalam kehidupan bernegara, berjuang untuk mendapat tempat secara demokrasi, tidak dengan kekerasan dan mengangkat senjata. 
Dengan perkembangan terbaru ini, sudah pastilah peluang Ikhwan Muslimin untuk berpartisasi dalam kehidupan politik Mesir akan tertutup rapat. Sikap yang ditunjukkan Ragim Kudeta ini akan membangkitkan kemarahan serta membuka peluang yang lebih luas masuknya Mesir kedalam kancah kekacauan dan kekerasan. Lebih dari itu, akan mengheret Mesir kekancah peperangan 'perang Saudara' seperti apa yang berlaku di Syria sekarang..

Jika Regim Kudeta Mesir masih berterusan dengan langkah2 untuk menghancurkan Ikhwan Muslimin sehingga akar umbinya, kita amat yakin dan pasti, jalan penyelesaian nya nanti adalah jalan peperangan, kekerasan dan senjata. Tentu akan ada sekelompok yang akan bangun melakukan perubahan dan berjuang untuk membebaskan Mesir dari cengkaman Regim Kudeta...
Jeneral Fatah Al Sisi seperti mengulangi sejarah lampau, Apa yang dilakukan nya seperti juga pernah berlaku dizaman pemerintahan sebelum nya, Ikhwan Muslimin disekat dari segenap sudut, namun seperti kata banyak penanalisis sebelum ini, bahawa tidak mudah untuk membunuh Ikhwan Muslimin, Ikhwan tetap hidup dan berkembang dimana-mana dan sepanjang sejarah Jamaah Ikhwan ini, terbukti mereka mampu menghadapi segala bentuk mehnah dan fitnah dari musuh2 politiknya dan kita teramat yakin dengan pengumuman Ikhwan Muslimin sebagai kelompok Pengganas tentu sekali tidak akan menjejaskan semangat jihadnya malah akan terus tumbuh segar ditengah-tengah gelombang kebangkitan Islam hari ini...Wallahuaklam....

Artikel sekadar berkongsi pandangan...

  


0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/