Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Demo menuntut kenaikan harga getah

Beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka

Jalinan kerjasama Negeri Selangor dan Kelantan membangunkan negeri

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor

Ulama Syiah digesa hentikan amalan nikah mut'ah

Dr Hussein Abdullah al-Jabiry, Ketua Institute Penangan Penyakit Menular di kota Najaf, utara Baghdad, menegaskan bahwa rata-rata penderita penyakit AIDS di kota Najaf terdiri dari pemeluk syiah

Menjejaki kehidupan suku Kajang di Kepulauan Sulawesi

Diluar keyakinan adat yang hingga saat ini masih terus dipelihara, suku Kajang pun memiliki peradaban kuno yang mengagumkan. Adalah makam dengan nisan batu berukuran besar merupakan bukti kuno peninggalan sejarah yang kuat

Sponsor

Wednesday, April 30, 2014

‘Cinta Tidak Berbalas’,… Seorang Janda Anak Satu Maut Di Tikam…..

Seorang tukang jahit wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian perut dipercayai dibunuh kenalan lelakinya di rumah wanita itu di Sungei Way, di Petaling Jaya hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 1 tengah hari yang menjumpai mangsa, 43, berasal dari Sabah. "Hasil siasatan awal mendapati mangsa seorang janda anak satu itu dipercayai mati ditikam suspek dengan menggunakan sebilah gunting," katanya.
Susulan kejadian itu, polis yang memburu suspek hasil maklumat daripada temu bual dengan beberapa saksi kejadian dan juga rakan mangsa, telah membawa kepada penemuan mayat suspek di sebuah flet di Kelana Jaya, di sini, 4 petang tadi.
Menurut polis, suspek, 44, juga berasal dari Sabah itu dipercayai membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 flet berkenaan. "Sebaik polis tiba di lokasi kejadian (rumah suspek), mayatnya ditemui di bumbung stor flet itu. "Suspek merupakan seorang ketua pengawal keselamatan,dipercayai hilang pertimbangan sehingga menikam wanita itu (mangsa) akibat cintanya ditolak," katanya.
Katanya kematian lelaki itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Bernama/30 April, 2014.

[gambar] Kesan Taufan ‘Tornado’ Yang Membadai Wilayah Selatan Amerika Syarikat…

Badai taufan yang dikenali sebagai ‘Tornado’ menghentam ganas beberapa wilayah di Selatan Amerika Syarikat pada isnin 28 April 2014. Dilaporkan sudah mencapai 35 rakyat Amerika maut dalam hentaman tersebut. Setidaknya 17 orang maut di Mississippi, Alabama dan Tennesee sementara bakinya dicatatkan Arkansas, Oklahama dan lowa. Kebimbangan terus berlaku dan dijangka angka kematian akan meningkat.

Meskipun laporan ancaman Tornado agak perlahan ketika ini, namun pihak Badan Cuaca National US (NWS) memberi amaran kepada 70 juta rakyatnya di bahagian Mississippi dan Alabama yang akan kembali di landa badai Tornado untuk kali ke dua.






NWS menyatakan Badi Tornado kini bergerak kearah utara sehingga Carolina utara. Semua rakyatnya diminta untuk terus berwaspada … 

Isu Militan - Seorang Anggota SAMM Turut Di Tahan, SAMM Desak Perbicaraan Segera…

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mengesahkan seorang anggotanya dari Johor antara yang ditahan pihak polis atas tuduhan berkait kegiatan militan.
Ketua penyelarasnya Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan berkata, Saiden Muslimin Ismail, 24, telah ditahan di bawah Seksyen 4(1), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) atau Sosma.
Saiden, anggota SAMM Muar, baru sahaja mendirikan rumahtangga pada akhir tahun 2013 bergerak aktif dalam menjayakan banyak program anjuran SAMM.
Menurut seorang aktivis SAMM Muar, penahanan Saiden hanya dimaklumkan kepada isterinya selepas 48 jam.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sepuluh individu ditahan Polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman. Penahanan itu termasuk seorang wanita, tiga ditahan di Kedah dan enam di Selangor. Difahamkan, Saiden Muslimin Ismail ditahan dengan pertuduhan disyaki sebagai pengganas yang ingin menjalankan misi jihad di beberapa negara yang sedang bergolak.
Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata, beliau tidak menolak kemungkinan penahanan yang melibatkan anggota SAMM Johor adalah satu asakan politik untuk mengaitkan gerakan anak muda yang menentang dasar kerajaan dengan aktiviti militan.
"SAMM menuntut perbicaraan segera dan SAMM juga ingin memperingatkan pihak PDRM agar tidak mengabaikan hak-hak Orang Kena Tahan ini sepanjang kes ini disiasat. 

"SAMM akan terus memerhati dari dekat akan perjalanan kes ini dan mengambil tanggungjawab penuh dalam usaha membebaskan aktivis kami daripada pertuduhan ini serta kebajikan isteri dan waris beliau," kata Badrul.

HD/30 April 2014

Bagaimana ‘Orientalis Barat’ Memanipulasi Ayat Qur’an Bagi Mengelirukan Umat Islam…

Nabi Ibrahim merupakan seorang insan sejati, diangkat menjadi Nabi yang sangat mulia menurut keyakinan umat islam, Allah menganugerahkan para Nabi dan Rasul sebuah keimanan yang kukuh sehingga tiada tandingan oleh manusia lain.

Namun para Orientalis barat dan timur serta musuh musuh islam amat tidak menyenangi perkara ini, sehingga mereka mencari helah serta tipudaya untuk meng‘hancur’kan keyakinan umat islam terhadap Islam. Mereka tanpa segan silu untuk berdalil dengan ayat-ayat Al-Quran dengan mengambil sebagian ayat dan menyembunyikan sebahagian yang lainnya.

Diantara kecelaruan yang mereka ‘hembus’kan adalah bahwasanya Nabi Ibrahim 'alaihi salam pernah meragui kewujudan Allah dan menganggap bulan, bintang serta matahari adalah Tuhannya dan hal ini terkadang mendapat ‘kepercayaan begitu saja’ tanpa usul periksa oleh sebahagian orang awam dikalangan kaum muslimin sendiri. Hal seperti inilah terkadang terdapat Umat Islam sendiri sentiasa ‘berbolak balik’ tentang keyakinan mereka terhadap fungsi dan tugas para Nabi dan Rasul diutuskan ke bumi..
Dalil mereka : surah Al-An’am :76-78

فَلَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ اللَّيْلُ رَ‌أَىٰ كَوْكَبًا ۖ قَالَ هَـٰذَا رَ‌بِّي ۖ فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَا أُحِبُّ الْآفِلِينَ ﴿٧٦ فَلَمَّا رَ‌أَى الْقَمَرَ‌ بَازِغًا قَالَ هَـٰذَا رَ‌بِّي ۖ فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَئِن لَّمْ يَهْدِنِي رَ‌بِّي لَأَكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّالِّينَ ﴿٧٧ فَلَمَّا رَ‌أَى الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَـٰذَا رَ‌بِّي هَـٰذَا أَكْبَرُ‌ ۖ فَلَمَّا أَفَلَتْ قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي بَرِ‌يءٌ مِّمَّا تُشْرِ‌كُونَ ﴿٧٨

(76) ketika malam telah gelap, Dia melihat sebuah bintang (lalu) Dia berkata: "Inilah Tuhanku", tetapi tatkala bintang itu tenggelam Dia berkata: "Saya tidak suka kepada yang tenggelam." (77) kemudian tatkala Dia melihat bulan terbit Dia berkata: "Inilah Tuhanku". tetapi setelah bulan itu terbenam, Dia berkata: "Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaKu, pastilah aku Termasuk orang yang sesat." (78) kemudian tatkala ia melihat matahari terbit, Dia berkata: "Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar". Maka tatkala matahari itu terbenam, Dia berkata: "Hai kaumku, Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan. [Q.S Al-An'am : 76-78]

Kesempatan ayat ini seolah olah menggambarkan oleh mereka bahawa Nabi Ibrahim sedang keliru dalam mencari jati diri dan kebenaran tuhannya. Dakwaan mereka, Nabi Ibrahim menganggap ‘bintang’ sebagai tuhannya, kemudian berganti pula keyakinan Ibrahim bahwa ‘bulan’ itulah yang patut disembah sebagai tuhan, selepas itu meyakini pila bahawa ‘matahari’ adalah tuhannya kerana matahari itu paling besar...
“beginilah peranan kaum Orientalis dalam cubaan mereka untuk menggugat keimanan serta keyakinan kaum muslimin terhadap kewujudan Tuhan yang berkuasa”…mereka sembunyikan sebahagian ayat yang lain tentang maksud sebenar ayat Qur’an yang diturunkan ini…??..

Padahal maksud sebenar ayat diatas bukanlah seperti yang disebutkan oleh mereka. Didalam ayat ini Allah tidak menggambarkan perjalanan dan sebarang kekeliruan oleh Nabi Ibrahim dalam mencari kebenaran tuhan itu. Lebih jelas maksud Ayat ini menceritakan bagaimana Nabi Ibrahim as berdakwah kepada kaumnya kepada tauhid dengan dalil-dalil logik dan menunjukkan bahwa sembahan orang-orang kafir itu adalah batil dan palsu.

Nabi Ibrahim diutus kepada suatu kaum di zaman nya yang menyembah berhala, mereka juga menyembah benda-benda yang muncul dilangit seperti bintang, bulan dan matahari. Mereka membina kuil serta patung-patung sebagai sembahan mereka. Nabi Ibrahim ingin menunjukkan kebatilan yang mereka sembah dengan perkara yang logik.
Nabi Ibrahim mengajak kaumnya berfikir, seandainya bintang adalah tuhan tempat mereka menyembah dan bergantung bagaimana jika tuhan mereka tenggelam dan menghilang, begitu juga dengan bulan serta matahari. Bukan berarti pada ketika itu beliau meyakini bahawa bintang, bulan dan matahari adalah tuhannya, ini hanyalah satu logikal untuk berbincang mengenai kewujudan Tuhan yang sebenarnya..

Sama halnya tatkala Nabi Ibrahim menghancurkan berhala kaumnya dan meninggalkan berhala yang paling besar, tatkala beliau dipertanyakan oleh raja tentang kehancuran berhala tersebut, Nabi Ibrahim menjelaskan bahawa yang menghancurkan berhala itu semua adalah berhala yang paling besar, sebagaimana yang Allah sebutkan dalam firmanNya :
 قَالَ بَلْ فَعَلَهُ كَبِيرُ‌هُمْ هَـٰذَا فَاسْأَلُوهُمْ إِن كَانُوا يَنطِقُونَ

Ibrahim menjawab: "Sebenarnya patung yang besar Itulah yang melakukannya, Maka Tanyakanlah kepada berhala itu, jika mereka dapat berbicara". [Q.S Al-Anbiya' : 63]

Perkataan Nabi Ibrahim itu bukan bermakna Beliau meyakini yang Patung besar itu boleh bercakap dan mampu menghancurkan patung-patung yang lain akan tetapi beliau ingin mengajak kaum nya supaya berfikir dan sedar bahwa berhala itu tidak mampu mempertahan dirinya sendiri, adakah layak seseorang itu menyembah sesuatu yang lemah. Allah yang berkuasa dan tidak akan binasa  yang lebih layak disembah…..Wallahu a'lam.

DR. Ahmad Zain An Najah – ‘Syiah Itu Di Masa Kecilnya menjadi Kawan, Bila Besarnya Menjadi Lawan…

Yaman sejak lama dikenal sebagai pusat penyebaran Syi’ah Zaidiyah. Menurut para ulama, Zaidiyah adalah kelompok Syi’ah yang paling dekat dengan Ahlussunnah. Mereka hanya mendahulukan Ali bin Abi Thalib daripada Utsman bin Affan. Tidak sampai melakukan pengkafiran kepada para sahabat nabi.  Pertanyaannya, apakah sekarang Syi’ah jenis ini masih ada ?

“Dulu memang di Yaman itu pusatnya Syi’ah Zaidiyah, mereka lebih dekat dengan Ahlussunnah, tak ada akidah pengkafiran pada mereka. Hanya sekarang seluruh Syi’ah disana adalah Imamiyah,” kata Ketua Dewan Fatwa MIUMI, DR. Ahmad Zain An Najah diacara Seminar Sehari ‘Gerakan Syi’ah dan Stabilitas Nasional, digedung Dewan Dakwah, Ahad (27/4/2014)

Ahmad Zain Mengungkapkan, di Yaman kini berkembang Syi’ah Hutsi, pengikut Badruddin Al Hutsi. “Syi’ah Hutsi itu sama dengan Imamiyah atau Rofidhoh, mereka mengkafirkan majority para sahabat nabi,” ujarnya.
Sejak dulu, masyarakat Yaman tak pernah hidup damai, terus-terusan bergolak. Syi’ah disanapun angkat senjata memerangi Ahlussunnah. Kini di Yaman, kata alumni S3 Universitas Al Azhar Mesir ini, Syi’ah begitu kejam dan berani membunuh dan memerangi Ahlussunnah.

“Mereka membunuh, mengusir dan memerangi Ahlussunnah, padahal awalnya jumlah mereka sedikit kemudian terus berkembang pesat sehingga berani menyerang,” paparnya. Padahal, kata ustadz Zain, demikian pria ini biasa dipanggil, awalnya Syi’ah di Yaman itu berupa pengajian kecil-kecilan.
“Awalnya Syi’ah di Yaman itu melakukan pengajian-pengajian biasa, tapi kini mereka memiliki kekuatan sehingga pihak angkatan bersenjata Yaman tak bisa berbuat apa-apa untuk mencegah tindakan mereka,” tandasnya.
Demikianlah Syi’ah, 'ketika jumlah mereka besar maka bersiaplah untuk kehancuran sebuah negeri karena mereka akan membunuh siapa saja yang menghalanginya. Sangat banyak contohnya, seperti di Irak, Lebanon, Pakistan, dan lain-lain'.
Credit Gema slam

…. ‘Kami Tak Buat Apa Pun’,.. Kami Hanya Beromen-Romen Saja’….

Sungai Petani: “Saya hanya berasmara saja dengan dia (teman lelaki) dan bukannya melakukan hubungan seks pun.”
Begitu alasan memualkan seorang gadis berusia 21 tahun apabila ditahan bersama pasangan lelakinya di dalam bilik sebuah hotel murah, semalam dalam operasi bersepadu syariah oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) bersama beberapa agensi lain. 
Gadis itu dan pasangannya berusia 21 tahun ditahan jam 2 pagi antara tujuh pasangan yang dicekup kerana berdua-duaan di dalam bilik di beberapa buah hotel sekitar bandar ini dalam serbuan berasingan. 
Ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Naga Lilit, Padang Serai, Kulim terbabit hanya berbaju-T dan bertuala ditemui bersembunyi di belakang pintu ketika teman lelakinya membuka pintu selepas diketuk berulang kali oleh pegawai penguat kuasa.
Gadis itu mendakwa dia terpaksa bermalam di hotel yang disewa teman lelakinya pada harga RM30 semalam kerana tidak mahu pulang ke rumah selepas dimarahi bapanya akibat gagal membayar ansuran motosikalnya selepas berhenti kerja di sebuah kilang.
“Selepas dimarahi bapa, saya keluar dari rumah dan menunggang motosikal datang ke rumah ibu saudara di Sungai Petani, tetapi disuruh pulang walaupun saya enggan berbuat demikian lalu menelefon teman lelaki agar menyewa sebuah bilik hotel.  “Saya dan dia (teman lelaki) tidak buat apa-apa pun, cuma ringan-ringan saja sebelum kena serbu,” katanya ketika disoal selepas ditahan, namun mengaku pernah tidur bersama beberapa kali sebelum ini. 
Mymetro/30 April 2014

Tuesday, April 29, 2014

Muhammad Badi - Hukuman Mati Keatas Ku, Adalah ‘Paku Terakhir Keranda Kematian Pemerintah Kudeta’….

Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Muhammad Badi menyampaikan kenyataan nya kepada Mufti Mesir, Isnin 28/4/2014. Pernyataannya disampaikan melalui para pengacara dan wartawan yang hadir pada sidang pembacaan hukuman mati terhadap beliau bersama lagi 682 anggota Ikhwan Muslimin yang lain.

Muhammad Badi melantunkan takbir seperti takbir Idul Fitri lalu mengatakan, “ Hari ini adalah hari ku yang paling membahagiakan. Aku bisa mengorbankan darahku untuk kebaikan Mesir, sama seperti yang telah dilakukan Ammar, anakku ”..

Beliau juga mengatakan, “ Pemerintah kudeta akan segera runtuh setelah mereka mengeksploitasi badan pengadilan, Mesir lebih bernilai daripada nyawa kami, oleh kerana itu kami rela mengorbankan segalanya untuk kemenangan Mesir dan Dunia Arab.”

Selepas menerima keputusan hukuman mati tersebut, Muhammad Badi terus mengatakan, “ Kami akan tetap meneruskan revolusi ini hingga Allah Ta’ala menurunkan kemenangan-Nya. Mati di jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami. Kemenangan adalah tujuan kami ”…

Selanjutnya Muhammad Badi menyebutkan bahawa hukuman matinya akan mengakhiri kekuasaan pemerintah kudeta, “ Hukuman mati yang dijatuhkan kepadaku adalah paku terakhir untuk keranda kematian pemerintah Kudeta. Aku benar-benar telah siap untuk mati di jalan Allah Ta’ala. Aku serahkan nyawaku untuk mendekatkan diri kepada-Nya dan mendapatkan ridha-Nya”…

Hudud – UMNO Sokong Hudud, MCA Mula Gelabah…?..

MCA digesa supaya menyatakan pendirian tegas mengenai pelaksanaan hudud selepas Umno secara terbuka menyokong hasrat PAS membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian di Parlimen untuk membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.
Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok (gambar) berkata, Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai perlu jelaskan pendirian sebenar MCA dan keputusan yang akan diambil ekoran kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan pusat tidak pernah menolak pelaksanaan hudud.
"Kebisuan MCA bukan hanya sebab mereka tidak pernah ada keberanian untuk bersemuka dengan Umno malah takut hilang peluang menyertai semula Kabinet," kata Teresa dalam kenyataannya hari ini.
Ahli Parlimen Seputeh itu berkata, ramai pemimpin MCA sejak kebelakangan ini memberi respons mengenai usaha PAS melaksanakan hudud dengan menyerang DAP. Namun katanya, serangan mereka terhadap DAP lebih bersifat tipu dan fitnah kerana kedudukan DAP dalam persoalan hudud sejak dulu amat jelas dan konsisten bahawa hudud melanggar prinsip Perlembagaan dan tidak sesuai bagi masyarakat majmuk di Malaysia. "DAP parti berprinsip dan berpegang pada kata-kata, tidak seperti MCA yang hanya menjadi parti sesumpah untuk kelangsungan politik," katanya.
Katanya, MCA  mungkin mudah lupa mereka pernah menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad semasa deklarasi September 2001 bahawa Malaysia adalah negara Islam, dan rakyat sama sekali tidak akan lupa tentang sejarah MCA sudah “dibeli”. Berbeza dengan DAP menurut Teresa secara lantang menentang deklarasi Mahathir dan menyatakan pendirian jelas yang DAP tidak menyokong mana-mana konsep pembentukan negara Islam, sama ada ala PAS atau Umno.
"MCA perlu segera hentikan kenyataan tidak berasas terhadap DAP untuk mengalihkan tumpuan rakyat terhadap kegagalan parti itu menyatakan respons terhadap kenyataan Najib," katanya.
Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno minggu lalu memutuskan untuk menyokong pandangan Najib dan menunggu masa untuk mengadakan muzakarah (perbincangan) dengan PAS terlebih dahulu sebelum memutuskan bagi melaksanakan hukum berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu dilaporkan berjumpa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman bekas menteri besar Kelantan itu di Kota Bharu, dipercayai mengadakan perbincangan lanjut mengenai hudud.
MI/29 April, 2014.

Juruterbang Dakwa Temui Pesawat MH 370 Yang Terhempas...




SEORANG juruterbang dari New York mendakwa telah menemui serpihan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu di lautan berhampiran pantai Thailand.
Michael Hoebel, 60, mendakwa telah menemui imej serpihan itu selepas membuat pencarian menerusi ribuan imej pelbagai stelit yang terdapat di sekitar laluan pesawat berkenaan.
Juruterbang dari Tonawanda itu berkata, dia terkejut dengan imej yang diperolehi dan percaya pesawat dalam air itu telah terhempas sejak dua bulan lalu di timur laut pantai Malaysia iaitu lokasi ia dikesan melakukan lencongan.
Jelasnya, imej satelit tersebut dirakam pada 10 Mac iaitu dua hari selepas pesawat berkenaan dilaporkan hilang.
Ditanya mengenai kemungkinan imej itu merupakan banyangan seekor ikan yu, Hoebel menyoal," adakah seekor ikan yu sepanjang 21 kaki (6.4 meter) boleh didapati di lautan tersebut".
Lelaki itu juga yakin imej tersebut merupakan pesawat MH370 yang didakwa berakhir di Lautan Hindi baru-baru ini.
 Credit http://mimpi-senja.blogspot.com/2014/04/mh370-juruterbang-dakwa-temui-pesawat.html

Di Syaki Ada Hubungkait Dengan Al Qaeda, Hasil Siasatan Perlu Di Dedahkan…

Ahli parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid menyatakan pihak polis perlu mendedahkan hasil siasatan penahanan kumpulan yang dipercayai ada hubung kait dengan rangkaian Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah. Ini berikutan penahanan 10 individu termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dengan kegiatan militan. “Kena selidik latar belakang dan siasat secara habis-habisan apa yang telah mereka lakukan. Perlukan perincian tentang penahan mereka,”  katanya kepada Keadilandaily. “Mungkin juga ketua kumpulan terbabit perlu ditarbiah atau diberi pemahaman atau pengasuhan supaya kembali ke ajaran sebenar,” kata Imran yang juga bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM.

Semalam, sembilan ditahan Polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman. Mereka berumur antara 25 hingga 26 termasuk seorang wanita, tiga ditahan di Kedah dan enam di Selangor. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya juga merampas pakaian ala tentera, buku jihad, pisau rambo, pedang samurai dan bendera kumpulan pengganas antarabangsa daripada 10 individu berkenaan. Kesemua ditahan mengikut Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan dan Akta Kanun Keseksaan serta disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Lawyer for Liberty, Eric Paulsen berkata hasil siasatan harus dikemukakan sebelum mengetahui kumpulan ini adalah pengganas kerana tuduhan sebagai pengganas ini adalah sangat serius. Justeru kata Eric, masih terlalu awal untuk Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan ini dan setakat ini mereka disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

KD/29 April 2014

UMNO Positif Terima Hudud, MCA Keluar BN…?..

PAS mencabar MCA agar bertindak keluar daripada BN ekoran penentangan berterusan parti itu terhadap penerimaan positif Umno dalam isu hudud. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Umno secara jelas menyatakan persetujuan dan mahu bekerjasama dengan PAS ke arah perlaksanaan hukum Islam itu.
"Kalau MCA tidak bersetuju dengan Umno, mungkin MCA bertindak keluar daripada BN. 
"Sekarang ini kita tengok macam mana respons dia," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut hari ini.

Terdahulu beliau turut menghadiri pertemuan dengan wakil Kerajaan Kelantan bersama PKR dan DAP berhubung isu itu. "Hasil perbincangan hari ini kita membuat kesimpulan bahawa perlu banyakkan penjelasan berkenaan hudud ini. "Buat masa ini untuk menerima atau tidak terpulang kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, bagi kita pada waktu ini adalah memberi penjelasan sebaik mungkin," katanya.

Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan pusat sedia membantu Kelantan dalam usaha melaksanakan undang-undang Islam itu. Terbaru semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan satu jawatankuasa teknikal hudud peringkat kebangsaan dibentuk sebelum PAS membentang usul pelaksanaan hukum hudud di Perlimen nanti. Muhyiddin berkata ini penting bagi membolehkan isu berkenaan dibincang terlebih dahulu dengan membabitkan banyak pihak yang pakar mengenainya. 
Bagaimanapun hari ini, MCA yang juga sekutu Umno melalui sayap pemudanya mengugut akan membina benteng manusia di bangunan parlimen bagi menghalang ahli parlimen PAS masuk membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian (private bill) berkaitan undang-undang jenayah syariah.

Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon berkata, parti itu akan mencuba sedaya mungkin untuk menghalang PAS daripada membentangkan RUU itu atas dasar "untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan". Chong mendakwa, rang undang-undang itu perlu dihalang sebelum terlambat kerana ia kononnya memberi kesan yang amat besar kepada rakyat bukan Islam di negara ini.

HD/29 April 2014

Mesir Semakin Tegang, Keputusan Terbaru Mesir Menghukum Mati 683 Anggota Ikhwan Muslimin…

Keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman mati kepada pemimpin utama Ikhwanul Muslimin dan 683 penyokongnya dijangka akan menggiatkan tindakan balas ke atas gerakan yang boleh mencetuskan bantahan dan keganasan politik menjelang pilihan raya negara itu bulan depan.
Hukuman yang dijatuhkan kepada Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin,  Mohamed Badie akan menyemarakkan kemarahan ahli kumpulan yang telah menjadi sasaran serbuan, tangkapan dan sekatan sejak tentera menggulingkan Presiden Mohamed Mursi dari kuasa pada Julai tahun lalu.
Keputusan itu dibuat pada satu sesi mahkamah yang hanya mengambil masa kurang daripada tempoh lima minit. Semalam, hakim Sayedd Yousef juga mengesahkan hukuman itu dijatuhkan kepada kira-kira 40 defendan dalam perbicaraan beramai-ramai, manakala defendan lain dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
Difahamkan, hukuman penjara seumur hidup di Mesir bermakna 25 tahun.


Badie merupakan antara 77 daripada 683 defendan yang berada di kandang mahkamah, manakala tertuduh selebihnya dibicarakan tanpa kehadiran mereka dan mempunyai hak automatik untuk dibicarakan semula. Undang-undang Mesir mengkehendaki hukuman mati disahkan oleh hakim yang mengadili sesuatu kes selepas mendapat nasihat daripada Mufti Besar Al-Azhar, pegawai terkemuka agama di Mesir dengan nasihat mufti kepada hakim adalah rahsia.

Bagaimanapun, keputusan dan hukuman mati itu masih tertakluk kepada rayuan di Mahkamah Rayuan. Sebelum ini, hakim yang sama, Sayedd Yousef enggan mendengar sebarang hujah daripada pasukan pembelaan dalam satu sesi perbicaraan berlangsung selama empat jam. Sayedd mula mendapat perhatian dan kritikan antarabangsa termasuk bantahan kumpulan hak asasi manusia selepas beliau menjatuhkan hukuman mati ke atas 528 defendan pada 24 Mac lalu ekoran satu perbicaraan ringkas yang disifatkan tidak mengikut peraturan.
SH/29 Apr 2014

Bersekongkol Dengan Amerika, Presiden Korea Selatan Di Sinis ‘Ibarat Pelacur’….

Korea Utara, kembali mengecam persekongkolan Presiden Korea Selatan Park Geun-hye dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Otoritas Korea Utara menyebut Geun-hye sebagai "pelacur" dan Obama sebagai "sang mucikari".

"Perilaku Park Geun-hye terhadap Obama, sama seperti seorang gadis cilik yang meminta seorang gangster memukuli seseorang yang tidak dia sukai. Pelacur licik ini, mencoba menjebak seseorang dengan memberikan tubuhnya kepada seorang mucikari yang sangat berkuasa," demikian pernyataan Komite Reunifikasi Damai Korea (CPRK).

Tak hanya itu, Korea Utara juga menyebut Obama sebagai ‘Tuan’ dan Presiden Park sebagai ‘boneka’ dan mengatakan bahwa Park akan membayar sangat mahal. Pernyataan itu, dikeluarkan bertepatan saat kunjungan kerja dua hari Presiden Obama di Korea Selatan. Dalam kunjungan itu, kedua pemimpin mendesak Korea Utara agar tidak melanjutkan program nuklirnya.

Namun, CPRK menganggap seruan Presiden Obama dan rekannya, Presiden Park, adalah sebuah penghinaan yang tak bisa diterima terhadap pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un. Lebih jauh CPRK menyatakan, Obama seharusnya menunda atau membatalkan kunjungannya ke Korea Selatan menyusul karamnya kapal feri Sewol yang membawa ratusan pelajar.

CPRK menganggap kunjungan Obama itu mengabaikan kesedihan Korea Selatan pasca-insiden yang merenggut ratusan nyawa pelajar itu. Korea Utara dikenal kerap mengkritik dan mengecam para pemimpin Korea Selatan termasuk pendahulu Park Geun-hye, Lee Myung-bak. 


Suara Islam Online

Monday, April 28, 2014

Hudud – Kedudukan PAS Bersama Pakatan Rakyat Akan Di Putuskan Oleh Majlis Syura Ulama…

Majlis Syura Ulama Pas mempunyai kuasa menentukan kedudukan parti itu sama ada untuk terus bersama pakatan pembangkang atau sebaliknya, jika cadangan pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan terus ditentang sekutunya, PKR dan DAP.

Pensyarah di Jabatan Sains Politik, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata ini kerana penyertaan Pas dalam pakatan pembangkang mempunyai enam syarat termasuk tiada halangan daripada mana-mana pihak untuk Pas meneruskan agenda menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Katanya, syarat-syarat itu termaktub dalam Kertas Kerja Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Nik Muhammad Zawawi Salleh, dan diterima pakai oleh Majlis Syura Ulama Pas pada 10 Okt 2010. "Antara syarat lain ialah memastikan kedudukan orang Islam tidak tergugat dan Pas boleh terus melaksanakan syariat Islam. "Selain itu, Majlis Syura Ulama mempunyai kuasa membuat keputusan mengenai kesinambungan tahaluf siyasi berdasarkan kepada maslahah dan mafsadah (kepentingan dan keburukan politik) dari semasa ke semasa untuk mengkaji semula dan seterusnya menarik balik penyertaan Pas dalam pakatan pembangkang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. 

Kamarul berkata berdasarkan kepada sejarah, Pas pernah keluar daripada  pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Barisan Alternatif (BA) pada tahun 2001 dan adalah tidak mustahil jika ia berulang jika DAP terus menentang pelaksanaan undang-undang Islam. Katanya semasa pimpinan Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor sebagai presiden, parti, Pas telah menyatakan persetujuannya bahawa Pas tetap mengekalkan dasar perjuangan bagi menegakkan negara Islam dan prinsip itu akan dipertahankan walaupun terpaksa kehilangan DAP dalam pakatan BA. "Akibat ketegasan Pas mempertahankan prinsipnya pada waktu itu, maka Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP pun memutuskan penarikan diri DAP daripada BA mulai 22 Sept 2001," katanya.    
Beliau berkata Pas perlu mengikuti ketetapan Majlis Syura Ulama yang mengenakan syarat penyertaan parti itu dalam pakatan pembangkang.
Sementara itu, Ketua Penerangan Suara Pondok Kelantan, Mohd Shamsul Mohd Yusuf al-Hafiz berkata Pas Kelantan perlu tegas dengan pendiriannya untuk membentangkan usul rang undang-undang persendirian mengenai pelaksanaan Hudud di Dewan Rakyat bagi penyatuan Islam dan orang Melayu. Mohd Shamsul berkata walaupun mendapat tentangan sekutu mereka daripada DAP dan PKR, agenda melaksanakan Hudud perlu diteruskan kerana ia janji yang dibuat Pas sejak memerintah Kelantan lebih 20 tahun lepas. "Walaupun tindakan itu mungkin menyebabkan Pas 'ditendang' keluar daripada menganggotai pakatan pembangkang selepas ini, namun ia akan memberi impak positif kepada penyatuan Islam dan orang Melayu. "Ramai (orang Melayu dan Islam) yang menyokong pelaksanaan undang-undang Islam  itu," katanya.

Isu pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan kembali hangat menjadi perbincangan umum akhir-akhir ini apabila kerajaan negeri Kelantan, melalui anggota Parlimen parti itu, bercadang membawa usul rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan Hudud, di Dewan Rakyat Jun ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dipetik sebagai berkata pembentangan rang undang-undang Hudud itu, bagi mendapatkan kebenaran Parlimen, melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993. Namun, hasrat Pas untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian itu ditentang oleh sekutunya, DAP, yang menegaskan bahawa pelaksanaan hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pakatan Pas-DAP-PKR. - Bernama

Disyaki Merancang Keganasan, 9 Individu Di Tahan Terkait Kegiatan Militan…

Polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman menahan sembilan individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan militan di dalam dan luar negara. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua mereka ditahan di Kedah dan Selangor, hari ini.
Khalid berkata kesemua yang ditahan dalam operasi serentak di beberapa lokasi di dua negeri berkenaan berumur antara 22 dan 55 tahun.
    
"Kesemua individu terbabit disyaki terlibat dalam kumpulan militan yang bertanggungjawab merancang perbuatan ganas di dalam dan luar negara. "Mereka juga disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas yang beroperasi di luar negara," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
    
Beliau berkata sebahagian daripada individu yang ditangkap itu telah menjalani perjumpaan sulit bagi memantapkan ideologi militan. Khalid berkata selain memantapkan ideologi militan, individu tersebut juga didapati mengumpul dana dan menjalani latihan ala ketenteraan sebagai persiapan untuk melakukan keganasan.
    
Beliau berkata mereka itu ditahan mengikut BAB VI A - Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan dan Akta Kanun Keseksaan (Akta 574). "Mereka akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747)," katanya.  Bernama

http://penburukonline.blogspot.my/